Hiburan By: SGMS Faida July 6, 2019 @ 1:00pm

Jalan Cerita Lebih Gempak, Filem Nur Bakal Ke Pawagam Tahun Depan!

Pengarah dan penulis skripnya, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan drama Nur bakal diangkat ke layar filem tahun depan.

Memetik laporan Harian Metro, dia menjanjikan naskah lebih menarik dan berkualiti berbanding apa yang ditonton di drama.

 “Pihak kami yakin untuk mengangkat cerita Nur ke layar filem kerana ia sudah memiliki jenama dan pengikutnya sendiri.

 “Apa yang mencabar bagi menghasilkan cerita Nur menepati kualiti filem dan berbaloi buat peminat membeli tiket untuk menontonnya di pawagam,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Yeay!!! Setelah mengadakan perbincangan beberapa kali dengan pihak BPMG TV3 dan pihak Primeworks sendiri akhirnya projek film akan menjadi kenyataan. InsyaAllah abam and team akan turun set semula pada March tahun depan sbb Amyra tgh pregnant anak kedua. Masa nak buat Nur1 dia pregnant akan pertama dan kali ni dia pregnant anak kedua pulak. Rezeki tu. Semoga rezeki yg sama juga mengalir pada project film Nur ini. Aminnn Cabaran abam seterusnya bagaimana mahu mengangkat drama ikonik ini ke layar Perak. Kalau selama ini peminat Nur dapat menonton drama kesayangan ini secara percuma di kaca TV. Adakah kali ni para peminat sudi membeli tiket utk tujuan yg sama? Hanya Allah yg menentukan sama ada rezeki itu berpihak kepada abam atau tidak. Semoga kawan kawan sekalian dapat terus menyokong film pertama abam ni yer???? Pstt…Dun worry Ustat Hamadi akan ‘hidup balik’ hehehe

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Lebih istimewa, kesemua pelakon drama Nur 2 dikekalkan untuk beraksi dalam filem itu.

Filem Nur bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani, Azar Azmi, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Eyra Hazali.

“Setakat ini, semua pelakon utama sudah bersetuju untuk berlakon dalam filem Nur nanti. Saya berharap semua peminat setia drama Nur sama-sama mendoakan filem ini berjaya direalisasikan nanti,” katanya.

Filem Nur bakal diterbitkan bersama Primeworks Studios dan produksinya Radius One Sdn Bhd ini dijangka memulakan penggambaran filem ini pada Mac tahun depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Dec 2023

Alami Jangkitan Jantung & Paru-Paru, Isma Aliff Terpaksa Ditidurkan

Moga dipermudahkan semu urusan abang Isma Aliff💗

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Thu, 20 Jul 2023
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

「活力加油站▪魅力魔法日」免费妇女节工作坊邀你参与

「魅力魔法学堂」开课啦,让你瞬间变身魅力达人!

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah! Zairil- Dyana Sofea Kahwin Disember

Sama cantik, sama padan. Selamat Pengantin Baru Dyana & YB Zairil!

Featured Tue, 9 Nov 2021

“Saya Akan Perbaiki Kualiti Lakonan” – Kini Aktif Dalam Dunia Lakonan, MK Dilabel Pelakon Kayu

Anggota kumpulan K-Clique, MK berharap agar dirinya tidak dilabel sebagai pelakon ‘kayu’ kerana baru menceburi dunia lakonan. Bagi MK, dia menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran. “Setakat ini, saya belum terima kritikan yang keterlaluan. Sekadar […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Shuib Tinggalkan Sinar FM Peminat Luah Kesedihan

Peminat Luah Kesedihan Bila Shuib Tinggalkan Sinar FM