Hiburan By: SGMS Enal November 16, 2018 @ 2:27pm

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus Di MAPS , Perak

Boboiboy melangkah setapak lagi dengan bangganya berkolaborasi bersama Filem Animasi Park Studios (MAPS) Perak untuk tarikan terbaru iaitu Roller Coaster Boboiboy

Tarikan terbaru ini khusus untuk kanak-kanak dalam kepuasan dan pengalaman sewaktu berada di (MAPS) Perak . Ahli Lembaga Pengarah (MAPS) Perak , Encik Ramelle Ramli berkata

“Selain dari tarikan terbaru roller coaster Boboiboy, satu kafetaria Boboiboy telah dibuka. Ianya terletak berhampiran dengan roller coaster dan menyediakan 20 pilihan buffet buat para pengunjung yang hadir

“Selain menikmati hidangan disini,para peminat Boboiboy dapat beramah mesra bersama maskot Boboiboy Galaxy” sewaktu ditemui di majlis pelancaran.

Selain dari tarikan ini, Trilogy Illusion juga bakal menarik perhatian pengunjung yang hadir dimana kolaborasi bersama Trilogy Magic Factory, yang pernah membawakan The Sacred Riana dari Indonesia.

Ada juga penyertaan buat para pengunjung untuk memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucer makanan bernilai RM300 serta penginapan di Hotel Casuarina. 

Jika anda berada di (MAPS) Perak pada 24 hingga 31 Disember 2018 jangan lepaskan peluang untuk singgah dan berhibur dengan Teater Muzikal Hantu Kak Limah. 

Ianya diadaptasi daripada filem sebenar Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid dan bakal dipentaskan sebanyak dua kali sehari di Teater (MAPS) Perak .

Jom bawa anak-anak bercuti di (MAPS) Perak, sambil berhibur boleh layan teater Hantu Kak Limah yang dibawa khas untuk musim cuti sekolah ini 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

6 VIDEO ARTIS PALING DIKECAM TAHUN 2O17!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan

LIFESTYLE Sun, 16 Dec 2018

4 Khasiat Mandi Air Panas Yang Bagus Untuk Kesihatan

Mandi Air Panas Sama Manfaatnya Seperti Jalan Kaki 30 Minit