Hiburan By: Syafiqa Irdina November 26, 2019 @ 7:51pm

Tiada Unsur Jenayah, Polis Temui Nota Di Ruang Tamu Goo Hara

Kematian Goo Hara yang ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi pada hari Isnin lalu di kediamannya di kawasan Cheongdam, Seoul, Korea Selatan masih mengejutkan ramai pihak.

Terbaru, pihak polis telah membuat kenyataan rasmi pada satu sidang media berhubung siasatan mereka terhadap kematian penyanyi Goo Hara.

“Semalam pada 24 November, sekitar pukul 6 petang, Goo Hara telah ditemui oleh pembantu rumahnya. Berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian dan kenyataan daripada ahli keluarganya, tiada unsur-unsur jenayah yang disyaki.” kata Pesuruhjaya Polis Bandar Raya Seoul.

Sumber: www.hype.com.my

Pesuruhjaya Polis Bandaraya Seoul, Lee Yong Pyo juga turut memberitahu media bahawa pihak mereka telah menjumpai satu nota tulisan tangan Goo Hara di atas meja di ruang tamunya.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak mahu mendedahkan perkara yang terkandung dalam nota tersebut.

“Nota tulisan tangan yang dijumpai di meja ruang tamu itu sangat pendek. Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian itu,” ujar polis. 

 

Hara bersama anggota kumpulan KARA

Sumber: www.hype.com.my

Pada hari kejadian, pembantu rumah yang mempunyai hubungan baik dengan Hara tidak dapat menghubungi wanita itu dan terpaksa memeriksa rumah wanita berkenaan. 

Hasil siasatan kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati tiada sesiapa yang masuk ke rumah penyanyi itu selepas dia pulang kira-kira pukul 12.35 pagi. Sehingga kini, pihak polis belum memutuskan untuk melakukan bedah siasat terhadap mayat Goo Hara atau tidak.

 “Hasil daripada analisis rakaman CCTV,  kami dapat mengesahkan bahasa Goo Hara pulang ke rumahnya pada 24 November lebih kurang jam 12.35 pagi, jadi dijangkakan mangsa mati selepas waktu itu.” Kami juga telah mengesahkan tiada sesiapapun datang mengunjungi Goo Hara selepas waktu berkenaan dan sebelum pengemas rumah menemuinya pada pukul 6 petang.

Pesuruhjaya Polis Lee Yong Pyo turut menambah pembantu rumah dan Goo Hara mempunyai hubungan yang baik sejak sekian lama. Dia ke rumah Goo Hara setelah gagal menghubunginya beberapa kali dan tiada sebarang respon.

Takziah buat keluarga dan rakan taulan Goo Hara.

Baca: Penyanyi K-pop Goo Hara Ditemui Mati

Baca: Selepas Kematian Goo Hara dan Sulli, Heechul Super Junior ‘Private’ Akaun Instagram Pula

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Jan 2020
Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

Hiburan Mon, 27 Mar 2023