Trending By: SGMS Enal October 7, 2019 @ 2:08pm

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Pakatan Harapan tidak pernah berjanji akan menghapuskan tol menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH mengakui kebanyakan pemimpin gabungan parti pemerintah tidak membaca manifesto dengan baik, sebaliknya mereka terbawa-bawa dengan pandangan pembangkang.

“Kami tak pernah berjanji untuk hapuskan tol, tapi ini dianggap sebagai sebahagian manifesto kami, kadang-kadang, kami terbawa-bawa dengan pandangan pihak pembangkang,” 

Bagaimanapun, janji ke-6 dalam manifesto PH menyatakan gabungan itu berjanji untuk mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Halaman ke-29 manifesto PH menyatakan ia akan mengambil alih konsesi lebuh raya dengan memberi pampasan adil kepada syarikat konsesi.

Masa diperlukan untuk mengurang beban rakyat kerana menghapuskan tol. Tetapi menurunkan bayaran tol boleh dipikul. Jika ada swasta yang akan kurangkan tol, cadangan mereka boleh dipertimbang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Feb 2022
Trending Tue, 22 Jun 2021

“Ia Mencabar Mental…” – Hisyam Hamid Hampir Setahun Terpisah Dengan Anak-Anak

Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan sudah hampir setahun dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya yang berada di Singapura. Terpisah kerana tuntutan kerjaya di Kuala Lumpur, Hisyam tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu terhadap isteri dan anak-anaknya.   View […]

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Rasa Kalau Tok Ram, Mau Dia Bakar Studio Ni”- Mokhzani Ismail ‘Pantang’ Dengar Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Awal minggu ini tular tentang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi, Baby Shima menerusi lagu Baby Sayang yang trending nombor satu di YouTube. Rata-rata wargamaya menyifatkan usahawan tersebut seorang yang […]

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!