Fab Foodies! By: SGMS Faida February 5, 2018 @ 6:32am

SEDAP TAK TERTAHAN DENGAN KFC GOLDEN EGG CRUNCH

Gong Xi Fa Cai! Bersempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tak lama lagi, restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) membawakan menu terbaru bermula 25 Januari 2018.

Berbeza dengan hidangan sebelum ini, ‘KFC Golden Egg Crunch’ menampilkan ayam berperisa telur asin digabung bersama daun kari yang bakal memberikan pengalaman baharu!

Dengan citarasa eksklusif, ‘KFC Golden Egg Crunch’ menghidangkan ayam Hot & Spicy KFC yang diolah bersama ramuan istimewa! Pendek kata, kombinasi rasa yang cukup unik dengan gabungan elemen masin, pedas dan manis. Memang menyelerakan…

Image result for kfc golden egg crunch review

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd (Bahagian Restoran), Merrill Pereyra mengumumkan ‘KFC Golden Egg Crunch’ menjanjikan kebangkitan selera.

“Telur asin merupakan hidangan popular di kalangan rakyat Malaysia. Kami memberikan sentuhan ini di dalam hidangan terbaru KFC bagi menghasilkan sesuatu yang lebih ‘tersendiri’.

“ Ia adalah sebuah ciptan yang sangat istimewa, bersesuaian dengan perayaan yang bakal menjelang tiba,” ujarnya.

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati menerusi kombo 2 ketul atau 3 ketul ayam dengan harga bermula daripada RM14.50. Setiap kombo dilengkapi dengan hidangan sampingan iaitu coleslaw, kentang putar serta secawan minuman Mug Sarsaparilla.

Dalam masa sama, KFC turut menawarkan ‘Celebration Bucket’ yang menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy bersama hidangan sampingan istimewa, KFC Cheezy Golden Sticks dengan keju krim, cebisan udang dan cendawan.

‘KFC Celebration Bucket’ ini sesuai untuk dihidangkan di dalam jamuan keluarga dan rakan – rakan, didatangkan di dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks, kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.

Raikan Tahun Baharu Cina kali ini dengan hidangan terbaru yang pastinya menjilat jari! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 29 Aug 2018

Raj’s Banana Leaf Now Rebranded to RBL, But Will Hygiene Improve?

Will RBL be able to pick up the hype which Raj’s Banana Leaf had or will it be a complete flop?

LIFESTYLE Thu, 28 Jun 2018

健忘不是笨!研究证实:忘东忘西的人,其实是天才!

你也会时常出现忘东忘西的状况吗?一点点小事却记不住,然后被别人碎念嫌弃,其实健忘不是缺点更不是笨,日前就有研究针对这一现象做出解释,原来忘东忘西的人才是最聪明的!

Fab Foodies! Mon, 24 Dec 2018

Omega-3 Dalam Salmon Mengurang Risiko Alzheimer

Kandungan Omega-3 Dalam Salmon Membantu Mengekalkan Kecergasan Otot dan Mengurang Risiko Alzheimer

Events Fri, 29 Dec 2017
LIFESTYLE Thu, 21 Mar 2019

是念旧还是伤太深?为何总放不下过去的感情

想回头,但感情已经结束;想往前,但心中却有些疙瘩。面对这样的感情窘境,你也感到厌烦了吗?

LIFESTYLE Sat, 6 Jul 2019

Perut Memulas Ketika Dalam Perjalanan? Ikuti Tips Ini

Tak salah mencubakan mana tahu jadi..

Fab Foodies! Tue, 9 Apr 2019

Feel the Tickles When You Feast in The Laughing Fish by Harry Ramsden

Something fishy is going on in Resorts World Genting because people are laughing non-stop!

LIFESTYLE Tue, 22 May 2018

「过度使用社群软体」可能使女性对自己身材更不满

觉得每天滑脸书、Instagram,让妳对自己的身材越看越不开心吗?

LIFESTYLE Mon, 19 Feb 2018

TANDA SI DIA BUKAN UNTUKMU…

Persiapan semua dah dilakukan…tiba-tiba, si dia beralih arah. Nak terbalik rasanya dunia mengenangkan bila semuanya dah sedia!

LIFESTYLE Tue, 3 Sep 2019

Pernah Terfikir Macam Mana Boleh Ada Air Dalam Kelapa?

Nak tahu bagaimana, kenalah baca ya !