LIFESTYLE By: SGMS Enal October 29, 2019 @ 12:44pm

Baru Bekerja Dan Masih Merancang Kewangan? Cuba Cara Ini

Suka untuk penulis kongsikan kata-kata oleh seorang pengacara radio dan usahawan, Dave Ramsey,

“We buy things we don’t need with money we don’t have to impress people we don’t like.”

Jika diteliti, ada benarnya kata-kata Dave. Berapa ramai dari kita yang sanggup membuat pinjaman beribu-ribu ringgit hanya untuk membuatkan orang lain (makcik bawang) kagum. Biar papa asal bergaya. Akhirnya, apabila jatuh tersadung, baru menyesal dan sedar bahawa pandangan orang lain sebenarnya tak menjamin bahagia.

Kepada anak muda, pengurusan kewangan amat penting sebab kita ada banyak masa lagi nak hidup (kalau meninggal awal tu, di luar kuasa kita). Nak travelshopping dan bersuka ria? Tak ada masalah asalkan kita ada pelan kewangan yang kukuh untuk menjamin masa hadapan sendiri.

Sebab itulah, pengurusan kewangan itu penting. Biar aset yang ‘bekerja’ untuk kita. Macam mana? Libatkan diri dalam bidang hartanah salah satu caranya.

Oleh itu, jom baca perkongsian perunding hartanah, saudara Harith Faisal tentang strategi ringkas bagi graduan baru membeli rumah.

Kalau jumpa kawan-kawan yang fresh graduate, baru mula kerja, cuba ubah soalan daripada “Bila nak beli kereta?” kepada “Bila nak beli rumah?”. Kita ubah budaya kita.

Dah diorang asyik dapat soalan macam nak suruh beli kereta cepat-cepat je, itu yang semua angkat kereta dulu tu. Padahal, bukan semua orang perlu beli kereta masa mula bekerja.

Balik kampung mak bapak tanya, dating pun awek tanya, melawat rumah kakak ditanya juga, hari raya atuk nenek pula tanya, kawan-kawan pun sibuk menghasut.

Bukan susah pun nak beli rumah masa mula-mula dapat kerja. Cuma kena berjimat lah. Korban sikit dalam 2 tahun macam tu. Side income wajiblah kau buat, kan.

Gaji bersih RM2,000 dan side income RM1,000 sebulan, kau mesti boleh simpan RM1,500 setiap bulan. Kalau duduk dengan mak bapak lagilah senang.

Selepas 2 tahun, dah ada RM1,500 x 24 = RM36,000. Kau guna RM25,000 hingga RM30,000 untuk modal beli rumah harga sekitar RM150,000 hingga RM200,000.

Bakinya kau buat sebagai dana kecemasan. Biasanya masa urusan jual beli, kena standby duit banyak. Selepas selesai urusan jual beli rumah tu, sewakan selama 6 bulan.

Waktu ni kau dah mula selesa semula dengan keadaan kewangan kau. Jadi, kau boleh dah beli kereta pertama kau. Memang senang-senang boleh lulus untuk beli kereta.

Itulah orang kata, kalau kau beli kereta dulu, susah nak beli rumah. Tapi bila kau dah beli rumah dulu, anytime kau boleh beli kereta.

Sumber: Harith Faisal

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 15 Mar 2019
LIFESTYLE Mon, 8 Jul 2019

Pentingnya MedicAlert Untuk Pesakit Alzheimer

Jika nampak ini “MedicAlert- Alzheimer, Hypertension 016-400678x” bermaksud cepat-cepat hubungi no tertera pada gelang itu

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019
LIFESTYLE Tue, 22 Oct 2019

Touch‘n Go电子钱包「Jom Makan」优惠延伸至全马六州!

马来西亚人对美食有独特的追求和向往,因此Touch ‘n Go 电子钱包决定进一步延伸「Jom Makan」美食促销活动至全国6个州属,并推出特别促销优惠给热爱汉堡和沙爹的粉丝们。

LIFESTYLE Thu, 12 Jul 2018
Fab Foodies! Wed, 5 Sep 2018
LIFESTYLE Fri, 21 Jun 2019

午睡好处多!医证「减肥更该睡午觉」

快贴给老板看!午睡可抗衰老、金鱼脑…医证「减肥更该睡」

Fab Foodies! Sat, 9 Feb 2019

新年吃什么?各国应景美食大不同

过年团聚少不了各式各样寓意吉祥的传统贺年美食,全球各国庆祝新年的美食各具特色,像是我国团圆要捞生、香港过年吃年糕、你知道西班牙人新年,会吃什么吗?

LIFESTYLE Mon, 12 Nov 2018

Pokok Genggam Fatimah Dapat Memudahkan Proses Bersalin

DAPUR Khasiat Pokok Genggam Fatimah Dapat Memudahkan Proses Bersalin. Betul Ke?