LIFESTYLE By: SGMS Faida March 28, 2018 @ 5:49am

Hanya Guna Vending Machine, Korang Dah Boleh Beli Kereta…

Kalau dulu kita ke vending machine untuk membeli air atau makanan, tapi kini korang boleh membeli sebuah kereta! Wow, tanpa perlu bantuan jurujual, proses pembelian kereta tak perlu memakan masa yang lama, siap hantar ke rumah lagi. Fuh, hebat!

Bertempat di Guangzhou, China, teknologi yang dibawa oleh syarikat gergasi e-perniagaan terbesar Alibaba Group Holding Limited ini bakal memudahkan jutaan penduduk di sana.

Vending Machine setinggi lima tingkat itu memuatkan 42 biji kereta. Individu yang berminat untuk melakukan pembelian harus melayari aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan. Wow, hebat bukan?

Menerusi aplikasi berkenaan, pembeli harus menyatakan waktu penghantaran kereta. Bagi tujuan keselamatan, pembeli harus selfie terlebih dahulu bagi memastikan penghantaran dibuat kepada individu yang tepat.

Bayaran deposit pula boleh dibuat secara elektronik menerusi aplikasi Tmall. Wow, mudah betul zaman sekarang! Pendek kata, segalanya di hujung jari saja.

Vending Machine ini bakal beroperasi pada 23 April depan. Bakal pembeli boleh melakukan pandu uji atau test drive tiga hari sebelum pembelian dilakukan.

Khabarnya, vending machine menjual kereta ini bakal dilancarkan di Beijing dan Hangzhou tak lama lagi. Diharapkan teknologi ini bakal sampai ke Malaysia juga, tak perlu lah kita ke bilik pameran lagi lepasni, ye tak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Hiburan Sun, 16 Jun 2019

‘Ada Manis Menunggu Di Hadapan’- Rita Rudaini Bersyukur Kerana ‘Dipilih’

Selamat Hari ‘BAPA’ untuk Rita Rudaini. Semoga terus kuat membesarkan anak-anak…

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapanya?

Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), sana dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

Hiburan Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Tue, 23 May 2023

Gayakan Sweatshirt, Aksi Hannah Delisha ‘Posing’ Buat Netizen Kurang Senang

Hantaran terbaharu Instagram pelakon jelita, Hannah Delisha meraih perhatian dalam kalangan netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) ‘Posing’ yang ditampilkan oleh Hannah dalam hantaran terbabit mendapat […]

Hiburan Thu, 7 Nov 2019