Fab Foodies! By: SGMS Faida February 9, 2018 @ 9:37am

HIDANGAN TENGAHARI HANYA RM 3 DI BANGSAR, LOGIK KE?

A: Jom lunch kat Bangsar esok?

B: Ada apa, bro?

A: Ada apa??Ada Nasi Ayam Goreng RM 3! RM 3 bro mana nak dapat, complete dengan ayam sekali tu…

 

Hah korang, mana nak dapat makanan sedap ‘terangkat’ macam ni dengan harga RM3? Lokasi di Bangsar, Anuar Kari Kepala Ikan merupakan kedai makan mampu milik yang dikunjungi ramai orang! Beratur pun boleh tahan panjang…hehe

Walaupun Bangsar terkenal sebagai sebuah kawasan penempatan golongan atasan dan dikelilingi restoran mewah, kedai Anuar Kari Kepala Ikan ini tetap menjadi pilihan ramai! Bukan hanya penduduk di Bangsar saja yang datang, malah penggemar kari kepala ikan dari luar Kuala Lumpur juga.

Jika berkesempatan, singgahlah ke Pusat Penjaja Taman Lucky. Hanya RM 3 sahaja, anda boleh nikmati hidangan lazat termasuk Ayam, kuah kari ikan, bendi dan taugeh dalam kuantiti yang anda inginkan.

Manakala, nasi dengan sotong goreng pula dihidangkan pada harga RM7, harga hidangan kari kepala ikan antara RM30 – RM80 bergantung kepada saiz. Senang cerita, memang berbaloilah!

Menu:-

Nasi  + Ayam Goreng  + Sayur = RM3
Nasi  + Ikan Goreng  + Sayur = RM3
Nasi  + Ayam Goreng  + Ikan Goreng  + Sayur = RM6
Nasi  + Sotong Goreng  + Sayur + Ayam / Ikan Goreng = RM10

Sumber: My Makan TV

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 27 Feb 2019
Events Wed, 25 Sep 2019
LIFESTYLE Fri, 23 Mar 2018

3 Tips Untuk Kekal Wajah Seperti Remaja

Ada yang tegur wajah semakin tua, nak kekal remaja jom baca tips ni mana tahu menjadi

LIFESTYLE Tue, 31 Dec 2019
LIFESTYLE Fri, 21 Sep 2018

3 Cara Menghilangkan Uban DiRambut

Bila uban muncul tiba mulalah hati makin tidak senang

LIFESTYLE Tue, 19 Dec 2017

Kebaikan Minum Teh Hijau

Minuman teh hijau semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di negarfa ini, tidak kira golongan apa pun. Malah, ada juga yang menjadikan ia minuman harian, memandangkan terdapat kajian mengatakan teh hijau mampu menguruskan badan.  Tahukah […]

LIFESTYLE Sun, 29 Dec 2019

Makanan Pedas Boleh Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Berat Badan

Makan makanan pedas tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Lambakan kedai yang menjual pelbagai makanan viral berasaskan sensasi rasa pedas pasti diserbu tak kiralah dimana ia dibuka. Tak kira siapa pun anda, keinginan untuk menjamah […]

LIFESTYLE Mon, 6 Aug 2018

Ke Tepi Keke Challenge, Beri Laluan Kepada ‘Momo Challenge’

Cabaran yang mula viral di seluruh dunia ini mendapat perhatian pihak berkuasa seluruh dunia di mana cabaran ini menggalakkan kanak-kanak membunuh diri. Huh, biar betul?

LIFESTYLE Sat, 6 Oct 2018

Sakit Telinga, Pernah Tahu Puncanya?

Sakit telinga, pernahkah anda tahu apakah gejala dan punca?

Fab Foodies! Sun, 30 Sep 2018

Air Tebu Dikatakan Boleh Turun Berat Badan

Air tebu sama seperti yogurt yang bisa meningkatkan kesihatan usus. Sistem pencernaan dan usus sihat yang berkaitan dengan penurunan berat badan