Hiburan By: SGMS Faida January 11, 2020 @ 9:00am

TT Live Mall Sedia Platform Perniagaan Untuk Selebriti, Orang Ramai

Jangan bimbang untuk memulakan perniagaan selepas ini dengan TT Live Mall! Kini golongan selebriti tanah air termasuklah orang ramai berpeluang menjadi usahawan dalam talian tanpa modal.

Menurut sebuah kenyataan media yang dikeluarkan TT Live Mall, platform ini juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjual barang perniagaan masing-masing secara langsung dan dipromosikan oleh personaliti media sosial tempatan.

TT Live Mall mempunyai rangkaian pengeluar dan pengedar pelbagai barangan yang mencukupi bagi menyediakan ribuan jenis barangan untuk dipromosi dan dijual oleh personaliti media sosial.

Menerusi platform ini usahawan tidak memerlukan modal permulaan dan tiada  risiko kerugian serta boleh beroperasi di mana sahaja pada bila-bila masa seiring tema, “You can be entreprenuer, anywhere, anytime”.

Perkembangan yang pesat hasil daripada impak budaya membeli secara atas talian menjadikan TT Live Mall sebagai platform siaran jualan langsung yang terbesar dengan memiliki lebih 100 personaliti dengan transaksi perniagaan lebih RM10 juta setahun.

TT Live Mall juga dijangka melebarkan sayap ke Jepun, Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, Cambodia, Vietnam dan China.

Majlis Pelancaran TT Live dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Redzuan Md Yusof di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan seperti Ezlynn, Nico G, Abon, Datuk DJ Dave dan Datuk Norman Abdul Halim.

Oleh FAS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Featured Sat, 18 Mar 2023
Hiburan Tue, 22 May 2018

Victor李俊颉「重新出发」和爸爸拍摄封面直呼尴尬

Victor李俊颉卸下青涩形象,睽违六年再推新作《记得我爱你》,转当韩国暖男OPPA,唱歌给全天下的爸爸听!

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Alif Satar Buang Karakter Lelaki Romantik Demi PIA?

Asyik bawa karakter lelaki romantik je, Alif Satar nekad keluar zon selesa.

LIFESTYLE Tue, 19 Nov 2019

Guna Bekas Plastik Yang Betul Untuk Letak Makanan

Berkongsi info yang mungkin diantara kita terlepas pandang

Events Sun, 12 Mar 2023