LIFESTYLE By: SGMS Enal November 19, 2019 @ 4:10pm

Guna Bekas Plastik Yang Betul Untuk Letak Makanan

Penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian kita tidak dapat dielak lagi. Hampir setiap barang yang kita guna pastinya mempunyai kandungan plastik. Namun, tahukah anda penggunaan barangan plastik boleh membawa penyakit? Penggunaan barangan plastik sememangnya tidak dapat dielakkan namun boleh dikurangkan penggunaannya dalam kehidupan harian kita.

Menurut satu perkongsian di laman facebook Hafiz Sulaiman mengenai penggunaan plastik yang boleh membahayakan kesihatan pengguna dan tips bagaimana untuk mengurangkan penggunaannya.

AMALAN PLASTIK YANG BAWA PENYAKIT

Saya terbaca beberapa hari lepas mengenai kenyataan KKM mengulas laporan bahan toksik dalam plastik.

Didapati tiada bahan toksik pthalates dalam 130 jenis sampel bekas plastik makanan yang diuji sejak 2017 hingga sekarang. Alhamdulillah.

Tapi jangan leka ya.

Bukan bahan toksik pthalates saja yang ada dalam plastik ya. BPA dan dioxin merupakan antara bahan toksik sangat biasa didapati dalam bekas plastik.

Siapa sangka bahan toksik sebegini secara perlahan meresap masuk dalam badan kita. Ini ganggu kestabilan hormon badan kita.

Masa kita beli air panas dalam bekas plastik. Masa panaskan makanan dalam microwave. Kita terfikir tak bahaya plastik ni?

Siapa sangka, amalan ini mungkin punca susah dapat anak? Berat badan susah turun?

Penyakit kencing manis, sakit jantung dan kanser?

Benar. Kesan bahan toksin persekitaran sumber plastik ini sikit sebanyak. Pelan-pelan rosakkan badan. Ganggu kestabilan hormon badan kita.

Badan jadi radang, streskan DNA, organ buah pinggang dan hati rosak. Alahan macam resdung, ekzema menjadi-jadi. Susah nak pulih.

Berapa ramai wanita luar sana ada masalah cramping period yang teruk. Ia tidak normal.

Walaupun biasa kita perhatikan sekarang.

Berapa ramai ada masalah keradangan dan ketumbuhan rahim, endometriosis, adenomyosis, cyst, polyp dan kanser? Ramai sangat. Muda-muda dah ada.

Jom buat perubahan sikit tapi sangat bermakna insha Allah. Saya nak share 10 tips saya biasa amalkan.

1) Minimakan pembelian makanan bungkus dalam plastik kedai. Terutamanya pi kedai makan. Bawak siap-siap bekas plastik kita yang soheh selamat. Pilih plastik ikut resin number selamat.

2) Jika tak bawak bekas plastik sendiri, jangan terus minta bungkus. Cakap je nak dine in. Tunggu makanan sejuk. Baru minta bungkus. Makanan panas yang kena bungkusan plastik tu yang bahaya sangat.

3) Kedai mamak senang nak skodeng tempat dia buat air. Jika dia guna jug plastik letak air panas. Sorry lah. Minum jus buah je la kat kedai tu. Ais kosong pun saya tak berani.

4) Jangan lah minum air panas dalam straw. Jarang orang buat tapi kedai selalu memang letak air panas dan straw. Baru topup ais kan? Air manis tapau dalam plastik terutamanya.

6) Saya elak panaskan microwave apa saja bekas plastik tak kira jenis selamat atau tidak.

7) Botol air mineral atau bekas air plastik jangan amalkan tinggal dalam kereta ya.

8) Masak jangan guna sudip plastik. Jangan sekali-kali. Senduk kayu paling selamat insha Allah.

9) Penapis air panas pilih yang stainless steel. Jangan pilih plastik pulak ya.

10) Pemanas air elektrik MAJORITI di pasaran memang mengecewakan. Plastik! Saya memang pilih kaca atau stainless steel saja dalamnya.

Ambil perhatian ya. Banyak jenis pemanas air elektrik stainless steel tapi penutupnya plastik! Abaikan saja tak berbaloi.

Perkakas memasak, bekas makanan ini kita pakai lama.

Amalan simpan makanan panas dalam plastik ni kita ulang-ulang kali buat hari-hari. Sikit saja kita ejas cakna lebih sikit je bila nampak plastik.

Nak elak terus memang tak boleh. Insha Allah sangat signifikan impaknya cegah penyakit.

Jadi jangan hairan jika sakit kronik tak pulih-pulih. Jika diuji kanser nauzubillah tak perlu tengok salasilah keluarga kita untuk cari punca.

Tengok keliling kita saja..Waspada hubungan kimia kita dengan plastik. Takpe lah sikit leceh usaha. Supaya tak sakit dan hidup lebih sejahtera.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Sumber: Hafiz Sulaiman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 18 Dec 2020
Featured Thu, 16 Mar 2023
Fab Foodies! Mon, 1 Oct 2018

讨厌吃香菜研究:香菜能治「金鱼脑」

香菜的气味特殊,爱吃它的人很喜欢、讨厌的人就一点也沾不得。

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018

2019年十二生肖流年运程:猪

 猪(1947 / 1959 / 1971 / 1983 / 1995) 肖猪的您今年为值太岁年,同时又与太岁相刑,往往会在情绪不稳定的情况下,作出不当的决定进而影响2019年的运程。虽然今年命宫中有众多凶星汇集,幸好还有化煞星的照耀,可使任何灾祸消灭,亦可算是平安是福。 【事业运】 今年虽然会有地位提升的迹象, 但是非也显得特别多,再加上今年凡事容易倾向比较悲观,所以处理业务时宜向正面处想,尽量提升自己的正能量,那么才能把问题迎刃而解。 【财运】 正财收入尚算可以,并没有大幅度地增加。切勿赌博或做投机买卖,否则便会焦头烂额。 【感情运】 感情方面今年比较逊色,难有突破,必须慎防小人放冷箭从中破坏。 【健康运】 今年由于刑克受伤的凶星特别多,更是要特别注意安全问题,尤其是道路安全,以免血光之灾,千万不可疏忽大意! ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿ 【幸运号码】 3616 、 1126 【开运颜色】 黑色、蓝色、金色 【开运贴士】 多穿印有兔肖像的衣服或配件合太岁,也可以考虑在新年期间去拜太岁!   ■ 资料提供:风水达人何宜娟《猪年报喜2019己亥年开运大全》 ■ 您也可透过八度空间于2019年2月5日(年初一)中午12时观看电视版《丰衣足食己亥年》

LIFESTYLE Mon, 27 Nov 2017

可以计划下明年去哪里啦!2018年将有4个长周末

2018年公共假期多落在星期一及星期五﹐所以打工一族将有3天连续假期﹐可以轻松充电再冲刺﹗

LIFESTYLE Wed, 3 Jul 2019

Tekan ‘Snooze’ Setiap Kali ‘Alarm’ Bunyi Bahayakan Diri!

Katanya Snooze nie membuat kite menipu badan sendiri hingga membahayakan diri ?

LIFESTYLE Sat, 30 Nov 2019

Kenapa Wujud Tanda Lahir ‘Port Wine Stain’ Pada Tubuh Anak?

Ini Fakta ‘Port Wine Stain’ Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Jika Ada Anak Anda Mengalaminya!

LIFESTYLE Mon, 11 Feb 2019

过完年想甩肉?每天2分钟做这事必瘦

过完年想甩肉?根据美国研究,每天花2分钟轻松做这件事必瘦!