LIFESTYLE By: Padin December 18, 2020 @ 4:11pm

Todak Lancar E-Bengkel Kursus Asas Mobile Legends: Bang Bang

Meneruskan legasi dalam arena permainan e-sukan Mobile Legends: Bang Bang, Todak melancarkan satu kursus di atas talian mengenai perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemain permainan tersebut secara percuma.

Istimewa untuk mereka yang ingin menjadi seorang pemain professional, setiap yang berminat hanya perlu mendaftar dan 30 modul akan dapat ditonton oleh semua.

Kursus Asas Mobile Legends: Bang Bang merupakan panduan yang lengkap bagi setiap pemain baru ataupun sedia ada yang ingin memahami asas permainan tersebut dengan lebih mendalam.

Kursus ini akan diajar sendiri oleh para pemain Todak Mobile Legends yang bakal bertanding di Kejohanan Dunia M2 di Singapura pada Januari tahun hadapan.

Selain itu, setiap perincian di dalam permainan ini akan diterangkan secara teliti oleh setiap pemain yang mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.

Pengurus Perkembangan E-Sukan Todak, Radzi Rahman atau lebih dikenali sebagai Ikuto berkata, ini merupakan salah satu platform bagi setiap pemain Todak untuk berkongsi ilmu secara terus dengan komuniti Mobile Legends: Bang Bang.

“Kursus ini diberikan secara percuma kerana kami ingin menjemput lebih ramai lagi pemain-pemain di luar sana untuk bermain secara professional.

“Hal ini kerana, dengan wujudnya lebih ramai pemain yang mungkin mempunyai bakat yang terpendam, arena e-sukan bagi Mobile Legends: Bang Bang secara khususnya akan menjadi lebih meriah,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai e-bengkel ini, anda bolehlah layari laman media sosial Todak di Facebook dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 14 Jan 2019

Spend Reunion Dinner with the Finest Dishes in Town at Chynna

Delicious, modern and so easy to feast on for everyone

LIFESTYLE Wed, 16 May 2018

5 Tanda Kucing Menghidap Kanser Atau Sebaliknya

Jangan ingat manusia sahaja yang mengidap kanser haiwan peliharaan pun boleh juga

LIFESTYLE Sun, 9 Jun 2019

Jika Anak Anda Mengalami Beguk, Apa Perlu Anda Buat?

Kalau ikut petua guna cecair seperti nila untuk surutkan bengkak, tetapi adakalnya rawatan bersama doktor diperlukan

Fab Foodies! Sat, 9 Jun 2018

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

LIFESTYLE Wed, 2 Jan 2019

“Kalau berhenti merokok, nanti badan naik”

Jadi bagaimana adakah anda percaya dengan mitos ini? Tepuk dada tanya hati ye

LIFESTYLE Thu, 6 Feb 2020

布城「国际热气球嘉年华」又回来啦!

布城国际热气球嘉年华回归踏入第11年,再次让您有机会在布城升空飘浮!

LIFESTYLE Wed, 18 Dec 2019

最近职场有机会翻身吗?

工作这档事,大概是我们人生中最重要事情之一;而面对职场的发展,你知道最近的运势如何吗?

LIFESTYLE Thu, 1 Feb 2018

Kongsi Tips Gubah Hantaran RM19 Sedulang

Hantaran yang sudah menjadi salah satu daripada kemestian dalam majlis perkahwinan melayu dan ini antara gubahan bajet untuk anda

Fab Foodies! Sun, 19 Nov 2017

7 Tabiat Penjagaan Kebersihan Yang Boleh Memudaratkan Anda

Menjaga kebersihan diri sememangnya satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Cara kita menjaga kebersihan berkait rapat dengan status kesihatan diri. Sesetengan orang, hanya berkawan dengan mereka yang mempunyai penampilan yang bersih sahaja. Begitulah betapa […]

LIFESTYLE Fri, 23 Feb 2018

URGH…SUSAHNYA BANGUN PAGI!

Masalah sukar bangun pagi dikategori sebagai masalah serius kerana ia meninggalkan impak besar kepada diri sendiri!