TECH By: SGMS Fas February 21, 2018 @ 4:11pm

BUAT PEMBAYARAN DARI PERGELANGAN TANGAN!

Sejak mula diperkenalkan 10 tahun lalu, peneraju pengeluar peranti boleh pakai, Fitbit mendapat sambutan hangat sehingga mencecah jualan lebih 70 juta peranti di 65 buah negara seluruh dunia.

Melihat pada populariti kepenggunaannya, Fitbit sentiasa mencari pembaharuan dalam  meningkatkan teknologinya agar seiring dengan kehendak pengguna masa kini.

Terbaharu, peranti wearable nombor satu di dunia ini merancang melancarkan aplikasi pembayaran mudah alih yang dikenali sebagai Fitbit Pay di Malaysia.

Menurut petikan berita Harian Metro, Pengurus Negara Fitbit Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Louis Lye memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siri perbincangan dengan beberapa institusi kewangan negara khususnya bank tempatan bagi melaksanakan sistem pembayaran mudah alih melalui Fitbit Pay.

Kata Louis Lye, kajian mendapati pembayaran secara mudah alih semakin meningkat di kalangan umum. 

Jadi kami berharap dapat melancarkan Fitbit Pay tahun ini,” tambah Louis Lye  sambil mengalu-alukan mana-mana bank yang berminat untuk menyertai kemudahan  aplikasi pembayaran tersebut.

Bagus juga ada pilihan begini kan?

Tak perlulah lagi meredah kesesakan lalu lintas dan beratur panjang di kaunter bank bagi  urusan kewangan selepas ini, sebab semuanya sudah boleh dilakukan di hujung jari atau lebih tepat di pergelangan tangan bagi mereka yang memakai Fitbit!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

Ini antara ciri-ciri akaun facebook anda boleh disekat.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Elon Musk Berada Sendiri Di Kompleks Gua Tham Luang Bagi Membantu Operasi Menyelamat

CEO Tesla dan SpaceX yang sebelum ini mengarahkan kakitangan syarikat Boring miliknya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sepasukan bola sepak Thailand, Wild Boars dan jurulatih mereka. Sebelum itu, 12 orang dan seorang jurulatih pasukan […]

Featured Wed, 26 Oct 2022

Pemasaran Perniagaan Kecil & Sederhana Lebih Mudah Dengan REV ID!

Peluang terbaik buat peniaga kecil dan sederhana di luar sana!

TECH Mon, 31 Dec 2018

Cara Buang Latar Belakang Foto di Android

Pertama download dulu aplikasi Background Eraser dan install seperti biasa di Android

TECH Fri, 8 Jun 2018

Sunting Gambar Berwarna Dengan Latar Belakang Hitam Putih

Artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah membuat suntingan gambar berwarna dengan latar belakang hitam putih.

TECH Wed, 14 Nov 2018

5 Cara Lajukan Internet handphone Android 2018

Adakah anda ingin melajukan Internet pada telefon pintar anda? Anda perlu cuba aplikasi ini.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Mi A2 Lite – Model “Adik” Kepada Mi A2 Dilancarkan

Disamping pelancaran Mi A2, Xiaomi turut melancarkan model kelas permulaan iaitu Mi A2 Lite dengan penawaran yang rendah sedikit berbanding model utama. Berbeza dari abangnya, Mi A2 Lite mempunyai rekaan takuk pada bahagian atas skrin yang berukuran […]

TECH Tue, 16 Oct 2018

Cara Menggunakan Animoji Dalam Gaya iPhone

Anda juga boleh menukar latar belakang dan menambah kesan khas untuk membuat animasi emoji lebih menarik.

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cara Membolehkan Mod Incognito Dalam Google Maps

Mod Incognito Dalam Google Maps

TECH Fri, 13 Jul 2018

Kre8tif 2018 Cyberjaya- Apabila Seni Kreatif Dan Teknologi Digital Bergabung

Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) sebuah organisasi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal meriuhkan Cyberjaya pada 6-12 Ogos ini dalam satu acara tahunan, Kre8tif Conference & Content Festival untuk edisi yang ke-7. Kepada yang […]