TECH By: SGMS Enal November 9, 2019 @ 9:35am

Sony Pilih Malaysia Buka Studio Pertama Di Asia Tenggara

Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) untuk mewujudkan studio Asia Tenggara pertama di Malaysia tahun depan bagi syarikat utama industri permainan video global itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata kerjasama itu merupakan pengiktirafan besar terhadap Malaysia sebagai nadi industri permainan video di rantau ini.

“Dengan penubuhan studio itu, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan SIE WWS untuk mencipta lebih banyak peluang untuk industri permainan video tempatan dan rantau ini.

“Kita bersama akan berusaha memajukan kumpulan bakat di Malaysia selain mengadakan perkongsian dengan rakan kongsi pendidikan tempatan,” katanya semasa berucap di Level Up KL 2019 di sini, hari ini.

Level Up KL 2019 merupakan acara industri utama Asia Tenggara bagi pembangun permainan video anjuran Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).

Gobind berkata kerjasama dengan SIE WWS bertujuan memastikan pertumbuhan pesat industri permainan video di negara ini dapat disokong.

Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios Malaysia Sdn Bhd (SIE WWS Malaysia) akan menyediakan perkhidmatan hasil seni dan animasi sebagai sebahagian aktiviti SIE WWS bagi membangunkan judul eksklusif global bagi platform PlayStation.

Gobind juga berkata Dasar Ekosistem Kreatif Digital (DICE) baharu yang akan menumpukan pengukuhan industri kandungan digital akan dilaksanakan tahun depan.

“Dasar baharu ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan industri kandungan digital menerusi usaha yang ditetapkan untuk menarik lebih banyak pelaburan, tempatan dan asing dalam membangunkan dan meningkatkan syarikat dan bakat tempatan,” katanya.

DICE juga bertujuan memantapkan ekosistem kandungan digital dan membolehkan lagi kemajuan penyelidikan pasaran serta pembangunan kandungan baharu serta pada masa sama meningkatkan potensi eksport produksi berkenaan.

Dari segi eksport, Gobind berkata menurut Laporan Industri Tahunan dan Sukuan MSC Malaysia, eksport permainan video meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 118 peratus kepada RM681 juta bagi tempoh 2014 hingga 2018.

Landskap domestik juga mempunyai 53 studio dengan kebanyakannya membangunkan permainan video tempatan dan mencipta harta intelek selain membimbing bakat untuk projek tempatan dan antarabangsa, katanya.

“Tidak dinafikan lagi industri ini kini menjadi pemacu penting bagi ekonomi digital kita.

“Selain itu, menjadi penekanan utama seterusnya adalah ramai anak muda kita amat berminat, dari segi pilihan kerjaya,” katanya.

Acara tahunan Level Up KL merupakan sebahagian mandat MDEC untuk menerajui ekonomi digital Malaysia menerusi pertumbuhan industri permainan video negara.

Matlamatnya adalah mewujudkan platform untuk pemain permainan video, pembangun permainan video, korporat dan e-sukan, bagi membolehkan semua pihak memanfaatkan pasaran hiburan terbesar itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi utama Malaysia.

Level Up KL 2019 berlangsung dari 2 hingga 10 Nov ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti dari dan untuk industri permainan video Asia Tenggara serta orang ramai.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 14 May 2019

Prep Yourself for Raya with Lazada’s Raya Together-gether Campaign

It’s all about being with our family members during the holidays.

TECH Wed, 23 May 2018

Apple Tawar Kredit RM227.68 Untuk Penukaran Bateri Peranti iPhone 6

Apple Tawar Kredit RM227.68 Untuk Penukaran Bateri Peranti iPhone 6 & Ke Atas Yang Sudah Tiada Waranti

TECH Sun, 17 Nov 2019

Cara Menjadikan Tontonan Youtube Lebih Puas Dan “Gempak”

Kepada anda yang gemar menonton youtube menggunakan PC ataupun Laptop, berikut kami kongsikan Extension yang membolehkan anda menonton video pada YouTube dengan lebih berkualiti, yang mana anda boleh mengawal kekuatan bunyi menggunakan Mouse scroll, paparan keseluruhan Youtube juga akan […]

TECH Fri, 1 Mar 2019

好懒想要快速登入?脸书帐号直接连应用程序「恐有这3大危机」

许多网站和应用程式常会设置与脸书(Facebook)的帐号连结的功能,让使用者能快速登入;资安业者认为,这种登入方式可能带来3大风险,包括个资被第三方应用程式取得,个资用途不明,遭骇客入侵。

TECH Thu, 16 Aug 2018

Tiga Aplikasi Menarik Untuk Naikkan Seri Instagram Stories Anda

Berikut beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik dan menarik.

TECH Thu, 10 Jan 2019

Tips mengenai Telefon Dan Kecemasan

Pernahkah anda terserempak dengan situasi mencemaskan seperti kemalangan yang melibatkan orang tidak dikenali?

TECH Thu, 31 May 2018

Cara Untuk Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

Ramai pengguna iPhone yang tidak tahu cara mengaktifkan fungsi rakaman skrin pada iPhone.

Events Thu, 31 Jan 2019
TECH Mon, 20 Aug 2018

Tip Selamatkan Data Pada CD Rosak/Tergores

Adakah anda masih menggunakan CD untuk menyimpan data anda?Berikut merupakan tips untuk mengelakkan CD anda rosak atau tergores.

Automobile Tue, 3 Apr 2018

史上最贵休旅车! Karlmann King让你化身蝙蝠侠

地表上最贵的休旅车,是Bentley、还是Lamborghini?答案是Karlmann King!