TECH By: SGMS Putri August 20, 2018 @ 5:36pm

Tip Selamatkan Data Pada CD Rosak/Tergores

Pada masa sekarang ini media penyimpanan data yang paling selamat, tahan lama, berkapasiti besar dan murah adalah CD (Compact Disc) dan DVD. Dengan harga DVD/CD-Writer yang amat murah sekarang, ianya the menjadi defacto kelengkapan sesebuah set komputer.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama DVD dan CD kosong yang dijual di pasaran sekarang. Masing-masing dengan kualiti yang berbeza daripada jenama tersohor seperti Sony, Fuji dan Maxell sehinggalah kepada jenama yang entah dari mana datangnya. Odileh itu kualiti sesuatu CD/DVD kosong sebenarnya ditentukan oleh jenama dan harga. Namun, baik mahal atau murahnya harga CD/DVD kosong tersebut, ianya perlu dijaga sebaik mungkin agar tidak kotor dan tergores yang boleh menyebabkan anda akan kehilangan data semata-mata kerana tidak dapat membaca data yang disimpan pada CD/DVD tersebut.

Walaubagaimana pun peluang untuk CD/DVD itu untuk tergores, tercalar, kotor, patah dan sebagainya tetap ada. Dan kehilangan data pada cd/dvd tersebut mungkin berlaku. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tip dan trik bagaimana untuk menyelamatkan data pada cd/dvd yang tercalar/tergores. Banyak software-software penyelamat data, yang berbentuk freeware atau shareware berada dipasaran diantaranya seperti CD Check dari http://elpros.si/CDCheck/Badcopy Pro dari http://www.jufsoft.com, dan CD Data Rescue dari http://www.naltech.com.

Sehebat apapun software tersebut tetap saja tergantung pada kualiti hardwareHardware yang sangat berperanan dalam penyelamatan data pada CD/DVD adalah CD-ROM / CD-RW / DVD-ROM/DVD-RW Drive itu sendiri.. Semakin baik kualiti error corection CD-ROM drive tersebut maka semakin besar peluang terselamatkannya data dari CD.

Di pasaran CD-ROM/DVD drive dijual dengan harga yang bervariasi. Biasanya harga tidak pernah menipu, harga yang tinggi biasanya memiliki kualiti terbaik dan pilihan serta idaman banyak orang, namun tidak ada salahnya anda menanyakan kepada penjual tersebut atau mencari informasi ujian dan reviu tentang beberapa CD-ROM drive dari majalah komputer atau pun secara online mengenai komputer, cd-rom mana yang memiliki error correction terbaik itulah yang anda pilih.

Dalam penyelamatan data selain ciri error correction, ciri Multispeed amat penting dan berguna. Adanya ciri Multispeed ini bertujuan supaya kecepatan maksima pemacu CD/DVD boleh diatur secara manual dengan bantuan software seperti Nero DriveSpeed yang boleh dimuat turun secara PERCUMA dari http://www.nero.com atau Http://www.cdspeed2000.com. Pengaturan kecepatan maksimal secara manual ini dapat mengoptimakan kemampuan baca CD-ROM.

Secara default kecepatan CD-ROM akan berkurang secara otomatik ketika membaca data pada cd yang tergores atau yang kurang baik dan akan bertambah setelah goresan tersebut agak banyak. Baik tidaknya pengaturan kecepatan otomatik ini bergantung pula daripada firmware CD-ROM tersebut, oleh itu update-lah CDROM anda dengan firmware terkini.

Namun daripada pengalaman penulis, CD-ROM yang memiliki error correction baik dan firmware terbaru kekadang masih belum berupaya menangani goresan pada keping CD yang sudah benar-benar rosak akibat goresan, namun dengan menurunkan kecepatan maksima CD-ROM pada kecepatan terendah (misal 4x atau 8x) hal ini kadang dapat diatasi, kerana CDROM tersebut dengan kecepatan konstan tidak otomatis naik turun.

Selain DVD/CD-ROM Drive, hardware lain yang berperanan adalah kepingan CD kosong itu sendiri. Untuk Mengetahui tidak terbacanya data tersebut akibat kegagalan proses burning atau kerana kerosakan fizikal, boleh dilihat dari kepingan CD tersebut seperti apakah ada kotoran / goresan atau tidak, dan sekiranya tidak ada goresan, maka kemungkinan besar kegagalan membaca cd berlaku akibat kegagalan pada saat proses burning.

Oleh itu, sekiranya anda melakukan proses burning, adalah lebih baik diakhiri dengan opsyen verifikasi data (gambar 5) atau dengan software Nero CD Speed (gambar 1), yang juga bisa di download secara gratis dari http://www.nero.com atau http://www.cdspeed2000.com atau keduanya akan terinstall secara otomatis bila anda menginstall software Nero Burning ROM.


Gambar 1

Gambar 2. Hasil Scandisc Sebelum (kiri) dan Sesudah (kanan)

Sekarang bagaimana menyelamatkan data pada CD yang tergores? Lihat secara fizikal kepingan CD tersebut pastikan tidak ada kotoran pada permukaan bawahnya (bahagian sensitif, yang dibaca oleh optik CD-ROM). Bila ada kotoran atau goresan ringan bersihkan dengan cairan pembersih khusus untuk kepingan CD, yang dijual di pasaran.

Bila hal ini telah dilakukan dan kotoran serta goresan berkurang atau hilang, maka sudah dipastikan semua data dalam CD tersebut bisa diselamatkan 98%, 1% nya tergantung kualitas penulisan data tersebut ke CD dan 1% lagi kualitas error correction CD-ROM drive.

Gambar 2

Gambar 3

Bagaimana bila goresan tersebut masih ada? Untuk melakukannya sangat memerlukan keterampilan, ketekunan, pengalaman dan beberapa peralatan serta bahan khusus. Alat tersebut adalah yang biasa dipakai untuk polish kereta, berupa kain pengelap dan pemolish kereta serta bahan yang dipakai adalah paste untuk polish kereta terutama yang baik dalam menghilangkan goresan (scratch) (gambar 2).

Namun jangan kuatir, anda tidak perlu berlatih berbulan bulan. Anda hanya perlu berlatih dengan mengorbankan 1 CD yang mempuya data yang sengaja digores. Beberapa perkara penting yang harus diperhatikan ialah :

  1. Backup seluruh data dalam CD yang masih terbaca dengan baik ke harddisk sebelum dipolish.
  2. Bersihkan optik CDROM dengan cd dan cairan pembersihnya jika diperlukan.
  3. Saat mempolish cd tidak menekan kain pengelap secara berlebihan.
  4. Hindari mempolish pada 1 lokasi, polish seluruh permukaan cd secara merata, agar tidak terbentuk cekungan.
  5. Usahakan permukaan yang dipolish selalu basah oleh bahan polish, lakukan secara intermittent (sebentar-sebentar) dengan maksud bahan tidak menguap kerana panas dari gesekan antara kain polish dengan permukaan CD.
  6. Setelah goresan berkurang cuba copy data-data yang tidak terbaca tadi ke hardisk.
  7. Setelah semua data-data terselamatkan, cek data-data tersebut dari file corrupt dengan membuka data-data tersebut. Bila OK,segera Backup ke cd yang baru.
  8. CD yang sudah dipoles jangan dibiarkan terlalu lama tidak dibackup, karena permukaan cd semakin tipis dan lebih mudah berjamur, atau bila tergores-gores lagi, kecil kemungkinan data akan terselamatkan.

Selamat Mencuba! Semoga artikel ini mampu menjadi salah satu solusi menyelamatkan data anda.

Sumber : panduanpercuma.info

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 3 Feb 2019

Cara Mudah Buat Group Video Chat Ramai-Ramai Guna WhatsApp

Mesti korang kadang-kadang pakai Video Chat, tapi asyik berdua jer…kini ada cara mudah untuk video chat lebih dari 2 orang.

TECH Wed, 4 Dec 2019
TECH Tue, 3 Sep 2019

Cara Memuatkan Video Instagram Story selama lebih daripada 14 saat

Sejak mengemaskini aplikasi Instagram ini, pengguna boleh memuat naik video Instagram Stories selama lebih daripada 14 saat. Bagaimana?

TECH Tue, 13 Feb 2018

TELEFON BIMBIT: 5 PANDUAN HARUS TAHU

Sekiranya berada di satu kawasan yang tiada signal, hanya dail 112 bagi membolehkan peranti anda  mencari-cari network yang tepat untuk mendapatkan nombor kecemasan. Menariknya nombor 112 ini boleh di dail walau pun pad kekunci terkunci.

TECH Sat, 7 Apr 2018

Cara Tetapan DNS 1.1.1.1 Untuk Lajukan & Stabilkan Sambungan Internet Windows & Android

DNS 1.1.1.1 merupakan hasil kerja sama antara Cloudflare dan APNIC. DNS ini dikatakan lebih selamat kerana tidak akan merekodkan data alamat IP yang anda gunakan.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Meizu 16 Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin, Dilancarkan Pada 26 Ogos Ini

Selepas Vivo memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin pada peranti X20 Plus UD, beberapa pengeluar lain turut menggunapakai teknologi itu pada peranti mereka. Sebuah lagi syarikat pengeluar dari China iaitu Meizu, juga tidak mahu ketinggalan dari menggunakannya. […]

TECH Sat, 4 Aug 2018

Sembunyikan Status Online Pada Instagram

Berikut kami kongsikan cara untuk anda Menyembunyikan Status Online Pada Instagram.

TECH Mon, 1 Jul 2019

Modem LTE Untuk Simkad Unifi

Kepada anda yang bercadang untuk membeli modem bagi kegunaan simkad, berikut kami kongsikan 3 modem yang terdapat dipasaran yang menyokong fungsi band 5.

TECH Sat, 5 May 2018

Bina Kata Laluan Paling Kukuh Dengan 4 Langkah Selamat Ini

kata laluan yang betul-betul kukuh bagi menyukarkan penggodam atau penjenayah siber menggodam akaun kita…

OMG Thu, 12 Jul 2018

Wow! Mak Cun Adventure Curi Perhatian Peminat, Catat 250,000 Muat Turun Dalam Masa Singkat

Mak Cun’s Adventure mula mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat 100,000 muat turun dalam hanya tempoh 10 hari sahaja. Wow!