LIFESTYLE By: SGMS Faida July 22, 2018 @ 8:34am

Remaja Ini Kongsi Pengalaman Suka Duka Kerja Tengah Laut

Mungkin ramai yang berminat untuk bekerja di atas kapal. Ramai anggap kerja atas kapal ni bayarannya lumayan namun tahukah anda risikonya bagaimana pula?

Namun bagi seorang kelasi, pukulan ombak ganas adalah ‘mainan’ sementara bagi mereka. Air tak selalu tenang bukan?

Perkongsian anak muda bernama Asyrul Amirul Asyraf berusia di laman Facebook beliau mendapat ribuan perkongsian di mana dia menceritakan bagaimana hari-harinya di atas kapal. Lebih menarik, Asyrul langsung tidak mengusik gajinya bila berada di atas kapal. Wow!

Menurutnya, segala makan minum semuanya ditanggung oleh pihak majikan.

“ Sesen pun tak pernah digunakan. Kalau di laut selama enam bulan, enam bulan lah gaji tak diusik.

“ Kad bank diserahkan kepada emak. Saya berpesan kepada emak kalau nak beli apa-apa untuk keluarga, gunakanlah,” katanya.

Kerjaya sebagai seorang kelasi memerlukan mereka berada lama di tengah laut namun begitu, cuti yang diberikan juga berbaloi. Kelasi akan diberikan cuti selama sebulan. Dalam tempoh ini, dengan duit gaji yang tak pernah disentuh, memang best kan?

Tugas Asyrul sebagai Able Bodied Seaman tidak semudah yang anda sangka. Dia perlu mencuci mana-mana bahagian karat dan kemudian menampal semula karat berkenaan sebelum mengecatnya.

Selain itu, mereka perlu membuang air laut yang masuk ke badan kapal dengan cara menyedutnya keluar.

“ Kalau ada kapal tangki lain ingin membeli minyak di tengah laut, kami akan pergi ke kapalnya, pasangkan host dan salurkan melalui bankernya. Memang mencabar tetapi seronok. Kalau kerja banyak, baju memang jadi hitam legamlah,” katanya.

Memang sudah menjadi impian Asyrul mahu belayar mengelilingi dunia. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan buat Asyrul dan rakan-rakannya yang bekerja di atas kapal itu ya.

Asyrul juga berpesan kepada anak muda di luar sana agar tidak mengalah pada takdir.

“ Saya bukan datang daripada keluarga senang. Ayah kerja di kedai santan, mak pula pembantu di Tadika Kemas sebagai tukang masak. Memang serba serbi susah.

“ Untuk yang berminat, sambung belajar. Ambil kursus di Akademi Laut Malaysia. Buktikan diri anda juga boleh.

“ Bila dah ada sijil lagi mudah sebab banyak syarikat perkapalan mahukan seseorang yang ada pengalaman dan sijil. Jangan mengalah,” katanya.

Katanya, hidup sebagai pelaut hanya Allah sahaja yang tahu apa yang mereka fikirkan dan alami. Sabar dan tabah adalah sifat istimewa para pelaut.

Sumber: Remaja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Fri, 11 Aug 2023
Trending Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Mon, 22 Apr 2024
LIFESTYLE Sat, 17 Nov 2018

6 Tips Agar Masak Nasi Lemak Tidak Lembik & Mentah

Nak kata tak ikut resepi, tak juga. ada yang dah ikut 100% pun masih tak menjadi.

Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Mon, 20 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi. Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie, […]