Trending By: Attiqah Mohd April 10, 2019 @ 6:14pm

Kes Kehilangan Ashraf (Acap), Pihak Polis Nafi Acap Berada Di Johor

Kehilangan Mohd Ashraf Hasan (Acap) yang menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu masih menjadi misteri dan tanda tanya yang tidak dapat dirungkaikan.

Pelbagai teori dan mitos yang dikeluarkan oleh netizen, daripada pelbagai sumber. Ada yang mengatakan Acap disorok makhluk ghaib, tidak kurang juga yang mengatakan Acap melarikan diri ke Johor. 

Tiada sumber yang sahih sehingga ke harini. Namun, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mengenai khabar angin yang mengatakan Acap kini telah dijumpai dan berada di Johor.

Acap  dikatakan selamat ditemui di Muar dan kini sedang berehat di Muar, Johor. Berita ini tular di media sosial sejak semalam. 

“Buat masa ini kita tidak menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai perkara berkenaan namun akan memeriksanya. Ini adalah pertama kali saya dengar (penemuan Mohammad Ashraf atau Acap di Johor).”ulas Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengenai dakwaan tersebut.

Kes kehilangan Mohd Ashraf (Acap) menggemparkan negara apabila gagal ditemui sejak 3 minggu lalu ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail, Perak. Kehilangan Acap turut dikaitkan dengan alam ghaib.  Khabar angin ini semakin kuat bertiup apabila video kedengaran suara Acap tular di sosial, malah pengesanan isyarat telefon bimbit dan barang peribadi yang lain turut gagal dikesan. 

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Thu, 19 Oct 2023
Hiburan Sun, 30 Apr 2023

Samsons Cipta Kenangan Terindah Buat Peminat Di Malaysia

Memang betul betul kenangan terindah!

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Fuhhh, lain macam rambut Remy Ishak 🤩 Katanya rehat berlakon sebab rasa diri hilang?

Featured Fri, 11 Nov 2022
Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Thu, 2 Nov 2023