Trending By: Aisyah Badrul March 25, 2020 @ 12:13pm

Belum Selesai Pandemik Covid-19, Lelaki Di China Maut Akibat Hantavirus

Di saat pandemik Covid-19 semakin berkurang dan pulih di negara China, seorang lelaki telah meninggal dunia akibat virus lain iaitu Hantavirus. 

Lelaki yang berasal daripada wilayah Yunnan itu dikhabarkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke daerah Shandong untuk bekerja,  di dalam sebuah bas yang disewa pada Isnin lalu. 

32 penumpang lain di dalam bas itu juga diminta untuk menjalani ujian saringan, namun keputusan daripada ujian saringan tersebut masih belum didedahkan. 

Untuk pengetahuan, penyakit Hantavirus ini pernah berlaku buat pertama kalinya di Amerika Syarikat pada tahun 1993 dan virus ini telah dipindahkan kepada manusia melalui tikus. 

Apa itu Hantavirus?

Menurut The Centers for Disease Control and Prevention (CDC), hantavirus merupakan virus induk yang disebarkkan melalui tikus. Virus ini mampu memberi pelbagai jenis penyakit kepada manusia. 

Antara penyakit lain yang boleh dihidapi melalui hantavirus adalah pulmonary syndrome (HPS) dan haemorrhagic fever with renal syndrome (HFRS).

Penyakit ini tidak dapat ditularkan melalui udara namun virus ini mampu tersebar melalui cecair yang keluar daripada tubuh badan seperti urine, najis dan air liur tikus. Walaupun jarang berlaku, virus ini sebenarnya mampu berjangkit melalui gigitan.

Bagaimana untuk mengetahui gejala Hantavirus?

Menurut sumber Firstpost, gejala awal hantavirus boleh dikesan apabila kita mula berasa keletihan, demam, sakit sendi dan otot, sakit kepala dan gangguan pencernaan. Jika gejala awal ini tidak ditangani, perkara ini boleh menyebabkan berlakunya gejala yang lebih berat seperti batuk dan sesak nafas. 

Jika infeksi yang dinyatakan di atas ini tidak ditangani dari awal, virus ini juga mampu membawa maut.

Jika korang mula mengalami simptom-simptom di atas-atas ini, segeralah lakukan pemeriksaan untuk mengetahui kondisi korang. 

Stay safe and stay home ya.

Sumber: express.co.uk

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

Featured Sat, 15 Apr 2023

Lisa Surihani Tak Sangka Iklan Ala Istanbul Aku Datang Versi 2.0 Viral -“Terkejut Juga! Masa Tu Saya Kat Madinah”

Pelakon dan pengacara jelita, Datin Lisa Surihani, 37, bersyukur  dan tidak menyangka iklan produk makanan bersama pelakon Beto Kusyairy yang tular baru-baru ini menerima maklum balas yang positif dalam kalangan peminat. Menurut Lisa, dia terkejut […]

Hiburan Tue, 14 Sep 2021

Lagu Bahagia Eza Edmond Kini Tular Di Indonesia

Single Bahagia nyanyian Eza Edmond telah muncul pada tahun 2017 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sebagai bakat baharu, Eza berjaya meraih lebih 13.1 juta tontonan menerusi muzik video dan video lirik lagu Bahagia di laman […]

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Trending Mon, 12 Jul 2021