Hiburan By: Salma Syahbuddin March 21, 2023 @ 2:58pm

“Saya Hidup Bukan Dalam Keluarga Berpecah-Belah!” – Shuhada Mengaku Masih Sayang Hafidz Roshdi? Mahu Hubungan Bapa & Anak Baik

Nurul Shuhada Mat Shukri, mengaku masih mempunyai perasaan sayang terhadap suaminya, Hafidz Roshdi namun harus reda dengan ketentuan Tuhan.

Shuhada berkata, perasaan sayang itu bersifat subjektif dan dia menyayangi bekas suaminya itu hanya sebagai seorang bapa kepada dua orang anaknya.

“Perasaan sayang itu sangat subjektif. Saya sayangkan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya. Antara kami mungkin jodoh sudah sampai di sini saja. Saya reda dengan apa saja yang Allah takdirkan.

“Kalau kami masih bersama pun saya nak hubungan dia dengan anak-anak erat,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada memberitahu, dia hidup dalam keadaan keluarga yang normal dan tidak berpecah-belah justeru dia mahu anak-anaknya juga dapat merasai pengalaman hidup dan membesar dalam keadaan yang baik dan akrab dengan keluarga.

“Saya hidup dalam famili yang normal, bukan berpecah-belah. Saya dengan abah saya pun sangat rapat sampaikan kami tonton perlawanan bola bersama-sama.

“Jadi saya nak lihat hubungan Hafidz dengan anak-anak pun begitu. Jadi untuk Hafidz bertemu anak-anak memang tiada halangan. Dia boleh jumpa dan hubungi keluarga saya. Dia cuma tak boleh berjumpa saya saja,” jelasnya.

Ketika ditanya, adakah Hafidz ada memberikan duit perbelanjaan atau nafkah untuk dia dan anak- anak, Shuhada bagaimanapun enggan menjawab soalan terbabit.

Malah, dia beberapa kali dilihat memandang wajah peguamnya, Nurfarhana Abd. Manaf bagi menjawab pertanyaan itu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Nurul Shuhada Sedia Bermadu & Hidup Berpoligami Jika Hafidz Bersikap Jujur -” Kalau Mahu Berkahwin Lain, Sebaiknya Ikut Sunnah Rasullullah”

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Tepis Spekulasi Kahwin Lain – “Insya-Allah Jika Saya Bercerai Ni, Saya Single”

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Isu Lafaz Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi – Nurul Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

ARTIKEL EBRKAITAN:“Tengok Jodoh Macam Mana… Rasa Sayang Terhadap Nurul Shuhada 50-50” – Hafidz Roshdi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

三胞胎「大韩」近照公开!宋一国:别再长了

韩国最萌三胞胎「大韩、民国、万岁」从实境秀窜红,离开节目后回归正常生活,粉丝只能从星爸宋一国的IG才能得知他们近况。趁着三人满6岁生日的前夕,爸爸公开老大摘掉眼镜的「近照」,已逐渐看出小男孩的轮廓,让他舍不得大呼:「别再长啦!」

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Mahu Pegang Watak Heroin Lagi, Amyra Rosli Pasang Strategi

Menafikan enggan membawa watak ibu, Amyra memberitahu dia tiada masalah berbuat demikian.

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sah! KRU Umum Bubar, Konsert Terakhir 6 Mei

Terima kasih kepada semua peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun. Alahai, nampaknya lepas 6 Mei ini kita tak dapat lagi melihat KRU beraksi di pentas lagi.

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Biar Betul Jihan Muse Caras Janna Nick?

Jihan Muse sebagai rakan pengacara Ajak, pastinya Jihan mampu mencuri perhatian penonton dengan lawak dan sikapnya yang kelakar.

Featured Thu, 1 Sep 2022

| Live TV