Trending By: SGMS Faida April 16, 2018 @ 12:13pm

Lembu Cemas Tersepit, Terima Kasih Abang Bomba!

Anggota bomba menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap dalam longkang berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 4.05 petang itu, haiwan itu terperosok ke dalam longkang sedalam 1.2 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Salleh Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.20 petang.

“Tujuh anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan tindakan menyelamat haiwan itu dilakukan.

“Kita turut mendapat kerjasama daripada orang awam yang menggunakan jengkaut bagi menarik keluar lembu menggunakan tali khas,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Salleh berkata, selepas dikeluarkan, lembu itu dalam keadaan lemah dan hanya mampu berjalan ke kawasan hutan berhampiran kira-kira 15 minit selepas dikeluarkan.

Sumber: Berita Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Oct 2018

Al- Fatihah…Chef Boe Sudah Tiada

Bagi penggemar hidangan barat Station 21 Sizzling Steak Bangsar, berita ini mungkin mengejutkan anda!

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Events Tue, 9 May 2023
Featured Fri, 22 Dec 2023
Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?