Events By: Salma Syahbuddin May 9, 2023 @ 8:15pm

Wajah Tak Sempurna & Buta Sebelah Mata, Wanita Ini Tak Sangka Akhirnya Bertemu Jodoh

“Kecik-kecik dulu ingat tak kahwin sebab kita tak sempurna. Selalu cakap mana ada orang nak.”

Demikian ciapan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hikmah Razlan apabila perkongsiannya itu tular di platform berkenaan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, dia dilihat memuat naik beberapa foto perkahwinannya sekaligus menitipkan doa agar suaminya dikurnikaan syurga dek kerana sanggup menerima kekurangan dirinya dan nekad untuk menjadikannya sebagai isteri yang sah.

 

Memetik laporan mStar,  Hikmah atau nama penuhnya Siti Nurhikmah Razlan, 25, bersyukur apabila dipertemukan dengan jodoh yang cukup memahami dirinya ketika sama-sama mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara  (UiTM) Jengka, Pahang.

“Saya kenal suami saya semasa belajar di Universiti, pada masa tu kami tak bertegur pun… cuma, selepas itu kami jumpa di media sosial.

“Dan dalam tempoh dua tahun kami kenal, kami memang kawan sahaja dan pada masa tu memang saya tak rasa apa-apa.

“Lepas bercinta, barulah rasa insecure dengan diri sendiri terutamanya bila berjalan dengan dia,” katanya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, dia yang juga seorang pensyarah disalah sebuah institusi mengaku selepas mengikat tali pertunangan pada 21 Januari lalu iaitu pada ulang tahun kelahirannya, dia berasa bimbang jika tunangnya itu malu dengan kekurangan dirinya.

“Apabila dah bertunang ada perasaan takut sebab saya tak lawa. Sejak kecil saya rasa diri ni tak cantik sebab cacat sebelah mata dan pada masa tu saya rasa, semua lelaki nak perempuan cantik je.

“Tapi, suami banyak beri sokongan dan keyakinan pada saya. Termasuklah ajar untuk selami ketakutan yang saya alami. Contohnya, kalau saya berjalan dengan dia, saya akan elak untuk berjalan sekali sebab tak nak dia malu, rupanya itu perasaan saya saja,” jelasnya.

Justeru, Hikmah berpesan kepada wanita di luar sana agar memperbanyakkan doa sekiranya menginginkan sesuatu, kerana dia menyifatkan kekurangan yang berlaku padanya rupa-rupanya mempunyai hikmah yang besar yang Allah akan berikan.

Setakat artikel ini ditulis, ciapan tersebut telahpun diulang kicau lebih 6,000 kali dan menerima lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 7 Mei lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet  memberikan pelbagai respons termasuklah memberikan ucapan tahniah berkat kesabaran Hikmah.

 

 

Sumber: Twitter, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Foto Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Dakwa Shuib & Anak-Anak Keluar Makan Dengan Watie? – “Ada Pantulan Camerawoman Kat Belakang Tu”

Wowwwww family dinner ke ni? Dah kantoi kali keberapa ni? Hihi apapun min doakan yang terbaik saja untuk Shuib

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Patuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan. Jangan’selfish’ ya..

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Sibuk Di Kolej Tak Halang Syafiq Popularkan Single ‘Sakit’

Single sulungnya ini merupakan ciptaan Candy Rozie ini sebagai ‘salam’ pengenalannya kepada muzik Nusantara.

Events Fri, 21 Oct 2022

‘Bicara Jiwa’ Jadi Langkah Mula Aswan Anwar Dalam Bidang Nyanyian

Nama anak kelahiran Sabah, Aswan Anwar mungkin jarang kedengaran di dalam arena arus perdana industri muzik Malaysia, namun bakat semulajadi yang dimilikinya wajar diberikan perhatian. Kini, Aswan hadir dengan single terbaharunya berjudul Bicara Jiwa yang […]

Trending Thu, 14 Jun 2018

Solat Sunat Aidilfitri Diawalkan

Keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.