Trending By: Salma Syahbuddin June 22, 2021 @ 2:04pm

Terlampau Manjakan Isteri & Menunjuk Kemewahan, Aeril Zafrel Tak Ambik ‘Port’ -“Kita Baik Macam Mana Pun, Tetap Orang Tak Suka”

Melihat kepada kemesraan yang dipamerkan oleh pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerusi laman sosial milik mereka ternyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Malah, ada di kalangan netizen yang sanggup meninggalkan komen kononnya, Aeril Zafrel terlalu manjakan isteri dan menunjuk-nunjuk kemewahan sehingga dianggap riyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Namun, Aeril akui timbul perasaan geram apabila dilontarkan dengan komen-komen sebegitu kerana beliau menganggap apa yang dikongsikannya itu tidaklah keterlaluan dan percaya orang lain juga akan buat perkara yang sama.

“Sudah tentu sebagai seorang manusia ada perasaan geram dengan komen sebegitu. Tapi bagi saya apa yang dikongsikan di laman  sosial itu tidaklah keterlaluan”

“Tapi apa yang saya buat dengan isteri saya,ramai orang di Malaysia pun buat benda sama.Cumanya kami berstatus selebriti dan kadang-kadang orang nampak macam kami menunjuk-nunjuk”

“Ia perkara biasa bagi pasangan suami isteri”

Menyifatkan instagram ini seperti album, Aeril bagaimanapun menganggap ia perkara biasa apabila suami isteri bermain bersama anak-anak dan menghadiahkan isteri barang-barang kesukaannya.

“Tapi kalau ada yang bersangka buruk tu, tak boleh buat apa. Kita baik macam mana pun, tetap akan ada orang tak suka”

“Apabila di rumah, saya yang manja…”

Tambahnya lagi, memanjakan isteri itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang sudah berkahwin dan sejujurnya apabila di rumah, Aeril adalah seorang yang manja.

“Ianya perkara biasa. Sebenarnya apabila di rumah, saya yang manja” jelasnya.

Terdahulu, Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari memuat naik video sempena sambutan hari lahir isterinya yang ke-29 pada 24 Mac lalu dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Oct 2018

OMG! ‘Gurauan’ Masuk Anak Dalam Mesin Basuh Berakhir Dengan Detik Mencemaskan

Dalam pada itu, rata-rata netizen di sosial media mengkritik ‘gurauan’ wanita itu sama sekali tidak masuk akal. Puan, banyak lagi game lain kot boleh dimain?

Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Tue, 12 Oct 2021
Trending Fri, 10 Apr 2020