Trending By: Salma Syahbuddin February 20, 2020 @ 8:00am

[TERKINI] Bunga Citra Lestari Kembali Ziarah Pusara Suami Tercinta

Hari ini Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL dilaporkan menziarahi pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat dengan memakai pakaian berwarna biru muda sambil ditemani keluarga terdekat termasuklah adik allahyarham yang juga suami kepada Yuna, Adam Sinclair yang baru sahaja tiba dari Amerika Syarikat untuk bersama-sama keluarga mereka. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by orang ketiga (@orangketigaa_sctv) on

Malah, kunjungan BCL dan ahli keluarganya turut disahkan oleh pengurus beliau, Doddy.

Video yang memaparkan ahli keluarga penyanyi dan pelakon itu siap berpakaian berwarna hitam dan bersiap-siap untuk melawat pusara Ashraf itu kini boleh ditonton di saluran Youtube sejak petang semalam.

 

Yuna sempat kongsi gambar The Sinclair’s

Gambar yang dimuat naik menerusi laman twitter penyanyi yang popular menerusi lagu Crush, Yuna turut memberitahu mereka kini sedang berada di Jakarta bersama keluarga.

 

Rakan artis turut datang memberikan sokongan

Selain ahli keluarga, penyanyi seperti Ari lasso dan Judika juga sempat melawat dan memberikan sokongan buat BCL sekaligus berkongsi keadaan terkini Bunga Citra Lestari yang masih kelihatan sugul dengan pemergian suami tercinta.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Pasti sangat berat kehilangan ini untuk dihadapi. Stay strong Bunga..we all love u ?❤️ #arilasso #bcl #RIPAshraf

A post shared by Ari Lasso (@ari_lasso) on

Terdahulu, dunia hiburan dua buah negara dikejutkan dengan pemergian pelakon dan suami kepada penyanyi popular Indonesia, BCL akibat serangan jantung pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]

Featured Thu, 20 Jul 2023

“Bergenang Air Mata, Very Inspiring!” – Ramai Tersentuh, Alif Satar Kongsi Cabaran & Perjalanan Tunai Haji

Masya-Allah, perkongsian yang sangat padat dengan pengajaran. Sebak min dengar!😥

Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Selebriti Tue, 22 Aug 2023
Featured Thu, 15 Sep 2022

“Nak Suntik Semangat, Tiada Niat Jatuhkan Martabat Wanita” – Datuk Rosyam Nor Respons Isu Video Tular

Datuk Rosyam Nor minta netizen untuk pandang isu tersebut dari sudut positif