Featured By: Salma Syahbuddin July 20, 2023 @ 3:26pm

“Bergenang Air Mata, Very Inspiring!” – Ramai Tersentuh, Alif Satar Kongsi Cabaran & Perjalanan Tunai Haji

Pelakon dan pengacara versatile, Alif Satar, menyentuh hati ramai apabila berkongsi cabaran dan perjalanan yang terpaksa dilaluinya selama 5 tahun sebelum direzekikan untuk menunaikan haji buat pertama kali bersama isterinya, Shadila Halid baru-baru ini.

Menurut pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 32, sebelum Allah berkenan menerimanya menjadi tetamu, dia turut berdepan dengan pelbagai dugaan termasuklah tawaran dibatalkan disaat-saat akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Menerusi perkongsian di platform Youtube rasmi miliknya, Alif berkata, sekitar tahun 2018 dia telah menerima panggilan untuk diberikan tawaran menjadi hos bagi sebuah program nyanyian realiti popular dan pada masa sama, dia juga telah diberikan tawaran untuk menjadi salah seorang hos bagi sebuah program televisyen yang penggambarannya di jalankan di Kota Mekah.

“Bila diberikan tarikh dan saya check semula, rupa-rupanya tarikh tu kontra dengan tarik program hiburan tersebut.

“Saya pun kata lah saya boleh batalkan program tersebut dan pergi haji, I can pay back contract ni sebab saya nak sangat pergi haji. Dan lepas tu,  2 ke 3 hari juga aku nangis sebab I was close upon for hajj.

“Datang tahun seterusnya pula diberikan lagi tawaran untuk ke sana atas jemputan King of Saudi, Alhamdulillah. Masa tu fikir what can stop me now? reality programme? Semestinya tak.

“Tapi sampailah hari terakhir penerbangan masih tak dapat conformation atas sebab visa. And, i cried about one week… sampailah aku tanya apa lah dosa aku?

“Long story short, rupanya ada doa yang Allah nak kabulkan terlebih dahulu sebelum Allah memakbulkan doa aku untuk menunaikan haji pada tahun ni bersama isteri,” katanya.

Perkongsian video berdurasi 20 minit itu jelas memancarkan keterujaan dan emosi pada wajah Alif apabila berkongsi cabaran sebelum dan selepas menunaikan rukun Islam kelima.

Baginya, rezeki diberikan peluang menunaikan haji adalah nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Bahkan, dia turut mendoakan dan menasihatkan agar orang ramai di luar sana sentiasa menetapkan matlamat untuk bekerja dengan ikhlas demi membantu kedua ibu bapa serta direzekikan menjadi tetamu Allah pada usia muda.

Ini kerana, Madinah, Mekah dan Kaabah menyimpan ketenangan luar biasa yang hanya boleh diperolehi di tanah suci.

“Aku nak pesan, semua diluar sana kena datang haji pada usia muda.

“Setiap kali berusaha dan berdoa mintalah doa banyak-banyak diberikan rezeki kesihatan dan keupayaan untuk buat haji dalam usia yang muda. Insya-Allah.

“Ada satu saying ni mungkin yang lain pernah dengar, ‘Bukan yang mampu boleh buat haji, tapi Allah yang memampukan seseorang tu untuk buat haji’.

“Buatlah kerja yang halal, niat untuk tolong orang tua dan buat yang terbaik untuk agama kita dan tekad lah dekat hati dan minda untuk buat haji pada usia yang muda,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Alif berasa sebak dengan perkongsian tersebut, malah menyifatkan anak muda ini wajar dijadikan contoh dan inspirasi ramai orang dek kerana aura positif yang dimilikinya.

“Alhamdulillah, such an inspiration bro Alif. Thank you for sharing those wise words, semoga sentiasa dipermudah segala urusan.

MasyaAllah.. very inspiring and beautiful sharing. Alhamdulillah Tabarakallah. Sebak dengar cerita Alif.  Allah loves you. Semuga Alif dan keluarga sentiasa dilindungi dan diberkati selalu.

“Betul sangat sharing Alif.. masa muda tenaga masih kuat dan boleh bantu orang yang uzur.

“Such inspiring story. Allah tahu segalanya dan Dia-lah sebaik-baik perancang untuk kita semua. Terima kasih atas perkongsian ini.

“Aku tengok ni nangis! Betul cakap Alif, kalau bukan rezeki memang tak akan sampai. Tiga kali baru dia dapat walaupun atas jemputan King of Saudi. Tapi Allah maha berkehendak,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Sep 2021
Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Hiburan Sun, 21 Oct 2018

Ruhainies Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Kalau betul, kami ucapkan Tahniah! Mesti cantik Ruhainies dalam persalinan perkahwinan, letop gitu…

Featured Thu, 11 May 2023

Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Min memang respect orang yang pandai manage masa buat dua kerja ni

Featured Wed, 28 Dec 2022