Acara By: Fadzlena Jafar July 24, 2019 @ 1:27pm

Undi artis K-Pop kesayangan anda dalam ABPBH 32

Peminat K-Pop mungkin berpeluang menyaksikan artis K-Pop kesayangan mereka pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 22 September depan.

Selain artis K-Pop, ABPBH edisi ke-32 (ABPBH 32) turut memperkenalkan kategori baharu membabitkan selebriti negara jiran iaitu Artis Indonesia Popular.

Pengarah Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa, BH merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamarulzaman. NSTP/Jim

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32 yang juga Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH , Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, berkata dua kategori baharu itu diperkenalkan selaras dengan pemilihan tema sejagat ABPBH 32.

“Selaras dengan tema Melangkaui Sempadan, jawatankuasa pengurusan ABPBH 32 mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dua kategori baharu ini bagi mengiktiraf selebriti popular dari Indonesia dan Korea Selatan. Jika tersenarai dalam lima artis popular (Top 5), kami akan mengundang mereka untuk hadir pada acara kemuncak nanti.

“Artis K-Pop dan K-Drama amat popular di Malaysia, justeru kami berpendapat sebagai majlis anugerah yang mengiktiraf selebriti popular, ABPBH adalah landasan terbaik untuk memilih siapa artis Korea Selatan yang kini popular di Malaysia.,” katanya kepada Hijab & Heels, baru-baru ini.

ABPBH dibawakan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, selain DuitNow yang menjadi platform undian untuk peminat memilih artis kesayangan mereka.

Kumpulan K-Pop BTS bukan saja pipular di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian di Hollywood. Sumber Elite Daily

Seramai 34 artis popular Korea Selatan tersenarai dalam kategori Artis K-Pop Popular. Antaranya AOA, Apink, Blackpink, BoA, BTS, Exo, G Dragon, Gfriend, Gong Yoo, GOT7, Ha Jung Woo, IU, Jun Ji Hyun, Jung Woo Sung, Jung Yoo Mi, Kim Soo Hyun, Kim Woo Bin, Lee Dong Wook, Lee Hyo Ri dan Lee Jong-suk.

Turut disenaraikan artis ternama Lee Min Ho, Mamamoo, Monsta X, NCT, Park Bo-gum, Park Seo Joon, Red Velvet, Seventeen, Song Hye-Kyo, Song Joong-ki, Taeyeon, Twice, Wanna One dan Yoon Ah.

Bagi kategori Artis Indonesia Popular pula, seramai 20 artis tersenarai antaranya Afgan, Armada, Bunga Citra Lestari, Cakra Khan,  Chelsea Islan, Christian Sugiono, Dian Sastrowardoyo, Isyana Sarasvati, Judika dan Jaz yang popular dengan lagu Teman Bahagia.

Peminat Bunga Citra Lestari boleh mengundi penyanyi kesayangan mereka itu. – NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ

Bagi peminat  Laudya Cynthia Bella, artis jelita bertudung itu turut disenaraikan dalam kategori itu selain Luna Maya, Nicholas Saputra, Raisa, Repvblik,  Siti Badriah, Syahrini, Tulus,  Virgoun dan Upiak, penyanyi lagu popular Tak Tun Tuang.

Orang ramai boleh mengundi artis kesayangan mereka dalam ABPBH 32 menerusi laman sesawang www.abpbh.com.my sehingga 14 Ogos depan. Seperti ABPBH terdahulu, hanya lima pencalonan sahaja akan dipilih bagi setiap kategori.

Undian ABPBH 32 lebih menarik kerana peminat berpeluang menggandakannya menerusi langganan BH Digital dengan membuat pembayaran menggunakan sistem DuitNow.

Tunggu apa lagi, undi artis kesayangan anda mulai hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Featured Tue, 13 Sep 2022

Didakwa Pukul Anak Guna Penyangkut Baju, Bapa Pelakon Remaja Disambung Reman

Bapa pelakon remaja terbabit dirujuk di IPD Shah Alam susulan satu laporan baru yang dibuat oleh mangsa.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Fri, 13 Jan 2023

“Ready To Fight” – Zahid Hamidi Sahut Cabaran Khairy Jamaludin?

Ucapan ringkas ‘ready to fight’ yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) […]

Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Featured Tue, 13 Nov 2018

Darah Haid Berkurangan Dan Sikit Bukan Bererti Menopause, 8 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Darah haid berkurang, bererti ada sesuatu yang tidak berlaku pada hormon anda!

Featured Wed, 29 Apr 2020

Kesalahan berbeza punca dua wakil rakyat hanya didenda RM1,000

Masyarakat perlu faham istilah undang-undang