Trending By: Salma Syahbuddin February 16, 2022 @ 11:58am

Biadap! Gara-Gara Mahu Beli Dadah, Lelaki Ini Sanggup Terajang Warga Emas

Semalam tular sebuah video pendek yang memaparkan seorang warga emas telah ditendang dengan kejam dihadapan rumahnya yang terletak di Yan, Kedah.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang kemarahan ramai pihak yang rata-ratanya seperti sudah dapat menghidu bahawa lelaki ‘biadap’ itu bertindak dibawah pengaruh dadah.

Bagaimanapun, selepas video tersebut tular, sebuah lagi video berdurasi satu minit telah dimuat naik di instagram @Jabatannetizennegara20 yang kini telahpun ditonton lebih 173,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Selasa.

Menerusi video terbaharu itu,  lelaki ‘biadap’  yang berusia 30 tahun telah dipukul oleh orang kampung akibat menerajang warga emas tersebut yang juga dipercayai sebagai bapa tirinya.

Suspek kini ditahan polis

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata polis berjaya menahan suspek sekitar jam 6.45 petang di kawasan Lubok Boi dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK)/18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012.

“Suspek dipercayai mengamuk selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah dan menendang bapa tirinya sebanyak dua kali pada bahagian dada serta muka.

“Suspek juga difahamkan telah menumbuk bahagian belakang kepala sebelah kiri menyebabkan telinga kiri mangsa mengalami kesakitan di rumahnya,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020
Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Trending Mon, 26 Feb 2018

Singaporean 5-Star Hotel Fulfils Tourist’s Super Strange Request

The award for Best Customer Service of the Year goes to Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.

Hiburan Thu, 7 Mar 2024

Belajar Dari YouTube, Puteri Balqis Anggap ‘Speaking’ Dialek British Tak Bongkak

Dah la cantik, hebat berlakon, bijak pula tu 🤩🤩

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Featured Wed, 8 Jun 2022