Hiburan By: SGMS Faida March 15, 2019 @ 7:22am

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengumumkan isterinya, Shakilla Khoriri selamat melahirkan cahaya mata perempuan, semalam.

Fizi atau nama penuhnya, Mohd Hafizudin Alimudin berkata, Shakilla yang juga pelakon melahirkan bayi seberat 3.7 kilogram itu secara pembedahan.

“ Anak kami dilahirkan secara pembedahan atas nasihat doktor kerana bayi agak besar.

“Bimbang jika nanti memudaratkan isteri, kami bersetuju mengikut nasihat doktor. Alhamdulillah, isteri dan bayi kami selamat,” katanya yang berterima kasih kepada peminat yang berdoa untuk kesihatan isteri dan anaknya.

Tambah Fizi berkata, anaknya perlu dikuarantin selama empat hari sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan bayi mudah terkena jangkitan kuman.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 18 Februari tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Apr 2022
Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

Featured Thu, 6 Oct 2022
Fab Foodies! Sat, 10 Mar 2018

This Sheep Cafe In Korea Will Make You Go ‘Bah Bah’

Pet cafes are the in thing right now as it is the most trending cafe style. But have you ever seen sheep cafe before?!

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

Hakim mendapati ada keraguan dalam kes.

Hiburan Mon, 17 Feb 2020