Drama By: Salma Syahbuddin August 18, 2022 @ 8:51pm

“Kecaman Dari Penonton Bukti Saya Berjaya…” – Ramai Jadikan ‘Sound’ Video #RisikPadaHati Di TikTok, Aliff Satar Terhibur!

Selepas sambutan hangat netizen terhadap drama rantaian Risik Pada Hati yang disiarkan di TV3 baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Aliff Satar mengakui beliau berasa seronok dengan sambutan penonton terhadap drama tersebut.

Baginya, kecaman yang diterima menerusi watak yang dibawakan dalam drama Risik Pada Hati bukti beliau telah berjaya membawakan watak Adam dengan cukup baik sekali.

“Kalau kena kecam tu maknanya baguslah, sebab itu bukan karakter Aliff yang sebenar.

“Kita memang family man but, Alhamdulillah… seronok bila kita dapat drama yang kita buat dan diterima penonton,” katanya.

Sementara itu, Aliff mengakui beliau cukup memilih naskah drama yang ditawarkan namun gandingan rakan lakon seperti Ummi Nazeera dan Zara Zya membuatkan beliau sukar untuk menolak tawaran kali ini.

“Aliff selalu memilih bila drama yang Aliff buat ni cuma setahun sekali. Ikut skrip yang best. Dan biladianugerahkan dengan skrip begini oleh TV3, dapat pulak partner macam Zara Zya dan Ummi Nazeera i can’t turned it down.

“Jadi, bila berlakon dan kena kecam tu rasa best lah meaning, menjadi lah lakonan tu,” jelasnya.

Berkongsi mengenai penerimaan peminat di laman sosial, Aliff sama sekali tidak menyangka drama ini mampu menarik perhatian penonton apatah lagi sambutannya mencecah sehingga 60.8 juta tontonan di laman TikTok sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Dan, apa yang paling membanggakan dan membuatkan aktor ini terhibur adalah, warganet sempat menggunakan ‘sound’ video Risik Pada Hati sebagai ‘sound’ untuk menjual produk mereka.

“Aliff suka tengok perbincangan dan pergaduhan orang-orang kat media sosial. Ada yang pakai voice dan scene gaduh Aliff dengan Ummi Nazeera untuk jual kek, dan cukup order makanan kat grab dan macam-macam lagi lah…

“So, best bila dapat feedback macam tu. Macam orang appreciate  kita punya karya,” katanya.

@puspagomeyn Rindu Parody Kami ke? Risik Pada Hati #gomenofficial #parody @SHAHIRFAN GOMEN @FARIZ GOMEN @FAFA VG @UKaSYaH_GOMEN #risikpadahati ♬ original sound – PUSPA GOMEN

@bael0n hidung boleh relax sikit kot 😂 #RisikPadaHati ♬ original sound – randomdramas

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018

Meluncur Di Gunung Berapi, Apa Macam Ada Berani?

Gunung ini adalah sebuah gunung berapi muda yang wujud pada 1850 dan mempunyai radiasi aktif.

familuv Wed, 8 Apr 2020
Trending Fri, 5 Jul 2019

Adam Temui Ajal Digilis Bas Sekolah, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Wan Mohammed Adam maut akibat terjatuh dari bas, siapa yang harus dipersalahkan?

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Featured Mon, 18 May 2020

Atuk segak, cucu comel bergaya

Kedua-duanya untung ada pereka dalaman