Featured By: Yanie Baharom May 26, 2020 @ 8:00am

Rambut afro terbakar ketika main mercun, punca Shiha Zikir miliki rambut lurus hari ini

Sesi Sembang Moreh bersama selebriti serba-boleh, Shiha Zikir, di IG Live Hijab & Heels, Jumaat lalu, membongkar satu rahsia zaman kecilnya yang ramai tidak tahu.

Anda tak akan percaya, Shiha membesar sebagai kanak-kanak dengan imej rambut kerinting ala-ala afro atau mi maggi.

Tak logik bukan, lebih-lebih lagi melihat keadaan rambutnya sekarang yang ikal dan lebat.

Menurut Shiha, ketika berusia empat tahun rambutnya pernah terbakar gara-gara bermain bunga api sewaktu meraikan Aidilfitri.

“Masa kecil, rambut Shiha jenis kerinting macam afro tu. Dok leka main bunga api dan mercun, tiba-tiba kakak Shiha berlari sambil bawa baldi kemudian dia simbah ke kepala Shiha.

Foto: Instagram Shiha Zikir

“Laa… tak sedar rambut rupanya terbakar. Mungkin sebab rambut afro kot, sampai tak perasan terbakar. Haha! Esoknya pergi kedai gunting rambut, hanya sebelah rambut kena tarah,” katanya sambil ketawa.

Ditanya bagaimana rambutnya boleh menjadi lurus sekarang dan mana pergi rambut afronya dulu, Shiha berkata mungkin peristiwa main bunga api itu punca rambut afro tidak lagi tumbuh.

Hampir satu jam bersembang dengannya, banyak sisi peribadi Shiha dikongsikan bersama peminat semalam.

Antaranya minat penyanyi Jagakan Dia ini meluangkan masa dengan membaca buku, hubungan akrab dengan ibunya dan sehinggalah pahit manis bergelar anak seni.

Foto: Instagram Shiha ZIkir

Lebih mengujakan, lagu raya dendangan Shiha bersama Datuk Jamal Abdillah yang turut menyaksikan penampilan khas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan rakan-rakan, mendapat sambutan meriah daripada pendengar.

“Shiha dah lama teringin nak keluarkan lagu raya. Tak sangka akhirnya dapat peluang terbabit dalam projek lagu hari raya.

“Lagu ini adalah idea daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bersama rakan-rakan. Shiha memang rapat dengan beliau dan keluarganya kerana sering menerima undangan menyanyi.

“Datuk sendiri yang tawarkan Shiha menyanyikan lagu ini sekali gus berduet dengan Datuk Jamal Abdillah. Tak sangkalah masa rekod lagu ini, Datuk Jamal ada sekali. Impian jadi kenyataan!” katanya.

Sumber: YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Sep 2023
Featured Fri, 10 Jun 2022

Didakwa Sengaja Ingin Populariti & Ambil Kesempatan, ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan

Dia tak minta pun nak wajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah.. Semua ni kan kuasa Allah SWT. Yang mengecam pun lahaiii 😌🤔

Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Sat, 26 Nov 2022

Didakwa Sengaja Jaja Kisah Peribadi, Ungku Ismail Kecewa & Bertekad Tidak Berkongsi Perkembangan Nad Zainal

Hmmm, sedih pula bila niat baik disalah erti 😓 Apapun, semoga yang terbaik saja untuk Nad & Ungku ❤️

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia […]

Featured Fri, 21 Oct 2022
Featured Mon, 3 Dec 2018