Trending By: Padin May 10, 2021 @ 6:38pm

Rap Der Raya Gabungkan 6 Penyanyi Rap Tempatan

Penyanyi rap Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, ASYRAF NASIR dan Abubakarxli kini muncul dengan lagu Rap Der Raya yang 90 peratus bertemakan genre hip-hop yang segar.

Rap Der Raya ciptaan asal Yonnyboii dan diberi sentuhan istimewa dengan kerjasama Luca Sickta ini memberikan nafas baru dalam ‘trend’ penulisan lagu raya yang sudah ada sediakala.

Menekankan genre hip-hop yang dibawa oleh kesemua artis ini, mereka percaya bahawa Rap Der Raya bakal memberi impak yang besar kepada dunia seni tanah air.

Selaku tunjang utama dalam Rap Der Raya, Yonnyboii menyatakan harapan agar lagu ini diterima dan membuka hati para pendengar untuk menghayati lagu dari generasi baru. Menurut Yonnyboii, lagu ini telah ditambah ‘perisa’ oleh rakan-rakan duet yang lain daripada ‘demo’ asal yang dihasilkan olehnya sendiri.

“Saya rakam berseorangan sahaja di rumah atas kerana kesibukan jadual harian, dan diberi motivasi untuk meneruskan rakaman daripada Luca Sickta dan Def Jam Malaysia. Tentang rakaman video muzik pula, sangat menyeronokkan dan banyak pengalaman baru, dapat menegenali artis-artis yang lain dan mereka yang terlibat di sebalik tabir iaitu warga kerja Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia dengan lebih rapat,” kata Yonnyboii.

Salah seorang penerbit muzik untuk Rap Der Raya, Luca Sickta menyatakan lagu ini berpotensi untuk menerapkan “mood” raya kepada semua yang mendengar. Alunan melodi asal dari lagu Yonnyboii membuatkan dirinya tertarik untuk menerbitkan ia kembali dalam versi baru.

Melodi korus memberi idea untuk dia menyusun komposisi muzik campuran moden dan 80-an. Rap Der Raya ialah lagu rap raya pertama dikeluarkan setelah sekian lama. Gabungan 6 ‘rapper’ dalam lagu ini turut menjadi faktor lagu ini lain dari yang lain.

“Sangat ringkas dan santai, ada pelbagai perspektif didalam lagu ini, Luca mengambil perspektif makanan di hari raya sebagai salah satu intipati seiring dengan konsep lagu ini. Segala proses dipermudahkan walau dikala wabak Covid-19 masih lagi menular, proses menyiapkan rakaman lagu ini tidak sampai dua minggu,” katanya.

Salah seorang lagi ‘rapper’ yang semakin membina nama iaitu Kmy Kmo, yang juga merupakan rakan duet Luca Sickta yang sering bergandingan dalam menghasilkan karya-karya hebat turut terlibat dalam projek lagu raya bergenre hip-hop ini.

“Proses rakaman video muzik RAP DER RAYA adalah satu kenangan manis bagi saya, kami dapat rasakan kemeriahan raya lebih awal, seperti satu keluarga besar yang pulang ke kampung dan raikan perayaan Aidilfitri ini bersama-sama dengan penuh gembira. Ini kira pertama kali kami digabungkan dalam satu lagu beramai-ramai untuk menjayakan lagu raya ini dan video muziknya bersama. Kita dapat lihat macam-macam telatah, penuh dengan gelak tawa dan riang ria,” jelas Kmy.

Antara ‘rapper’ yang turut ditampilkan dalam Rap Der Raya adalah Siqma. Siqma menyatakan pendapatnya bahawa Rap Der Raya adalah sebuah karya yang sangat unik kerana wujudnya gabungan antara ‘rapper-rapper’ dan melodi-melodi yang berlainan. Proses penulisan lagu juga dikhabarkan sangat mudah kerana mereka telah diberikan topik untuk dipilih dan dijadikan lirik untuk bahagian masing masing.

“Saya harap generasi sekarang dapat menerima konsep lagu raya baru yang kami bawa ini dan tidak lupus ditelan zaman,” kata Siqma menyatakan harapan untuk lagu ini.

ASYRAF NASIR yang pernah menjuarai RapStar ERA 2020 juga merupakan salah seorang artis yang menyumbangkan bakat dalam Rap Der Raya.

“Mood baru untuk raya! Lagu ini unik bukan sahaja kerana ianya hasil gabungan 6 orang ‘rapper’ yang berbeza, tetapi irama muzik Rap Der Raya ini tidak kedengaran seperti lagu hip-hop yang orang akan jangkakan” kata Asyraf.

Berbincang mengenai rakaman video muzik, Asyraf mengatakan “Meriah gila! Bukan sahaja kami berenam ada di dalam video muzik ini, tapi banyak juga ‘cameo-cameo’ oleh artis-artis Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia lain juga yang muncul! Kami berkesempatan untuk berkenalan dan berinteraksi antara satu sama lain, baru rasa macam kami ada hubungan yang erat dalam video muzik”.

Asyraf juga menyampaikan hasratnya agar lagu Raya dengan sentuhan dan ‘feel’ yang baru ini akan menjadi antara lagu-lagu yang wajib dimainkan di pagi raya bukan sahaja pada tahun 2021, tetapi tahun-tahun yang akan datang juga.

Seorang lagi artis rakaman Def Jam Malaysia iaitu Abubakarxli yang turut terlibat dalam Rap Der Raya berpendapat bahawa projek ini merupakan sesuatu yang baharu tetapi masih mengekalkan suasana indah di hari raya Aidilfitri dan seimbang antara melodi tradisional dan moden. Mengatakan bahawa dia sendiri meminati hasil kerja penerbit muzik, Luca Sickta, dan percaya akan hasil yang akan dilihat.

“Pada malam sebelum sesi rakaman saya ada sediakan lirik untuk lagu ni, akan tetapi bila esoknya tiba waktu rakaman saya rasa tercabar dengan penulisan yang baik dari ‘verse’ ASYRAF NASIR lalu saya pun mengambil keputusan untuk tidak mengunakan lirik yang asal sebaliknya saya minta izin untuk ‘freestyle’ di dalam studio rakaman, dan ini lah hasılnya dari rakaman gaya bebas dari saya,” jelasnya.

“Saya sangat gembira dapat jayakan rakaman lagu dan video muzik ni berama rakan artis yang lain dalam masa sama menjaga SOP sesama kita. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan kawalan ketat dan kerjasama yang baik dari pihak produksi dan juga warga kerja Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia,” tambah Abu.

Rap Der Raya boleh didengari di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music dan video muziknya juga boleh ditonton di saluran YouTube Def Jam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Jun 2023

Mat Dan Tampil Dalam Misi Meneroka Impian Dan Realiti Alam Di TV9

Jangn lupa saksikan Misi Mat Dan mula 3 Julai 🤩

Trending Thu, 19 May 2022

‘Vape’ Perisa Dadah, Lima Suspek Ditahan

Vape perisa dadah, lima individu ditahan.

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Trending Wed, 16 Feb 2022

“Sisi Gelap Sebelum Kahwin… Jalin Hubungan Dengan Gambit Saifullah” – Ini Reaksi Isteri Bila Aaron Aziz Bawa Watak Lelaki Songsang

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui isterinya, Datin Diyana Halik teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa yang kini bersiaran di slot Samarinda TV3. Menerusi karya adaptasi novel Imamku Lelaki […]

Featured Fri, 7 Apr 2023

“I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

Alhamdulillah benda baik buat apa nak tangguh lagi kan?

Trending Mon, 11 Jan 2021