Trending By: Maya Basir May 19, 2022 @ 11:42pm

‘Vape’ Perisa Dadah, Lima Suspek Ditahan

Kegiatan sindiket menjual dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) di dalam perasa ‘vape’ atau rokok eletronik akhirnya terbongkar selepas penahanan lima individu dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Menurut Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menahan lelaki, 23, disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di kondominium di Jalan Kuching pada 6.40 petang.

“Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor, yang dipercayai dijadikan sebagai pusat memproses dadah.

“Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki dan seorang remaja perempuan berusia antara 14 hingga 28 tahun.

“Remaja perempuan itu dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek lelaki berusia 25 tahun,” katanya.

Eng Lai berkata, siasatan lebih lanjut yang dilakukan membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki 34 tahun di kondominium di Jalan Cemur pada 11.30 malam tadi.

“Tangkapan itu dibuat selepas pihak polis mendapat maklumat daripada semua suspek yang ditahan berkaitan rakan mereka yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan Dang Wangi.

“Secara keseluruhannya, kami berjaya merampas sebanyak 4,210 mililiter (ML) dadah sintetik jenis MDMA dan air ketum sebanyak 7,000 ML yang dianggarkan berjumlah RM210,570,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti terbabit bermula daripada menjual dadah di dalam botol perisa ‘vape’ bersaiz 10 militer di Lembah Klang dan dipercayai aktif sejak tahun lalu.

“Siasatan lanjut dalam kes ini masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang terbabit dan dari mana sumber bekalan diperolehi.

“Hasil tangkapan dan rampasan itu, kami berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Suspek yang ditahan direman selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 Mei ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Sep 2021
Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Trending Sat, 6 Oct 2018

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen. Sabar ya semua!

Trending Wed, 27 Jun 2018

Al- Fatihah! Pakar Dodol Pelik Dodolnya Hangus, Rupanya Petanda…

Bagaimanapun hati saya menjadi resah sepanjang Ramadan lalu, sehingga dodol yang saya hasilkan tiga hari sebelum Aidilfitri tidak menjadi dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Hiburan Thu, 12 Oct 2023