Trending By: SGMS Faida June 27, 2018 @ 2:42am

Al- Fatihah! Pakar Dodol Pelik Dodolnya Hangus, Rupanya Petanda…

Ajal dan maut akan datang tepat pada waktunya, tidak cepat mahupun lambat. Siapa sangka kejadian membuat sekuali dodol hangus merupakan tanda anak kesayangannya akan pergi selamanya.

Bagi Abd Manaff Abdullah, bapa kepada Lans Koperal Fahrurozi yang maut ketika melakukan operasi rondaan berdekatan Tasik Banding, Perak memberitahu Syawal kali ini sesungguhnya berbeza.

“ Banyak perkara saya lakukan tidak menjadi termasuk terpaksa membuang sekuali dodol yang hangus,” katanya.

Tambahnya, kali terakhir beliau dan isterinya, Mariam Lazim, 65, bertemu anaknya itu adalah kira-kira empat bulan lalu sebelum dia pulang bertugas di 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) (PARA) Melaka.

“ Allahyarham tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sepanjang cuti seminggu, cuma dia menangis apabila bersalaman dengan ibunya ketika hendak pulang.

“Saya anggap itu biasa kerana dia mungkin sedih kerana tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri berikutan terbabit dalam operasi tentera.

“Bagaimanapun hati saya menjadi resah sepanjang Ramadan lalu, sehingga dodol yang saya hasilkan tiga hari sebelum Aidilfitri tidak menjadi dan terpaksa dibuang begitu sahaja,” katanya yang terkenal mahir menghasilkan juadah itu dalam kalangan penduduk tempatan di Kuala Ketil.

Jenazah Fahrurozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuala Merah, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Majlis turut dihadiri Panglima Dua Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Ramli Jaafar dn Panglima Dua Briged, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaafar.

Abd Manaff berkata, walaupun sedih, keluarganya reda dengan pemergian anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Sumber: BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Tue, 22 Aug 2023
Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40

Featured Thu, 5 Jan 2023

Terima Kejutan Sambutan Ulang Tahun , Zahid Hamidi Titip Ucapan Terima Kasih

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi perhatian umum setelah menerima kejutan ulang tahun yang ke-70 semasa berlangsungnya Mesyuarat Kabinet. @ahmadzahidhamidiPagi ini saya telah dikejutkan dengan kek sambutan hari jadi semasa Mesyuarat […]

Trending Sat, 31 Aug 2019

Dua Lelaki Indonesia Terapung Diselamatkan

Nasib baik ada jaket keselamatan dimana dapat bertahan hingga bantuan sampai

Featured Thu, 25 Mar 2021

Diskaun 50% Saman Bermula Hari Ini Sehingga 11 April, Cara Mohon

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini telah melancarkan aplikasi portal MyBayar Saman untuk memudahkan orang ramai membayar saman trafik dengan lebih pantas. Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, orang ramai akan diberikan […]

Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023