Hiburan By: SGMS Faida August 21, 2018 @ 12:19pm

Sekali lagi Dihimpit Kontroversi, Aliff Aziz Songlap Duit Pula?

Selepas kontroversinya bersama seorang pelakon jelita tahun lalu, penyanyi Aliff Aziz sekali lagi dikaitkan dengan isu baru.

Kali ini bukan berkisar skandal di lokasi tetapi berkait dengan hutang.

Seorang lelaki yang mendakwa penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu telah menipunya dan enggan memulangkan wang yang telah dipinjamkan.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Rashidi Ramli ini merupakan seorang ahli perniagaan meminta Aliff memulangkan segera wang yang telah dipinjamkan.

“ Aliff berjanji untuk mempromosi produk milik saya. Pada mulanya, dia merayu untuk meminjam wang daripada saya.

“Saya kenal dengan Aliff sejak bulan puasa lalu di sebuah karnival. Tapi kami tidaklah rapat dan tiba-tiba minggu lalu dia hubungi saya untuk pinjam duit.

“Dia telefon saya malam-malam dan minta saya transfer sejumlah wang kerana terdesak dan dia juga berkata berhadapan dengan masalah masalah rumah tangga membuatkan saya rasa simpati.

“Pada mulanya saya enggan melayan kerana tidak berapa kenal tapi bila dia mendesak saya dan berjanji untuk mempromosi produk saya membuatkan saya menukar fikiran,” katanya.

Hal ini didedahkan Rashidi di laman sosial Facebooknya, semalam.

“Lepas saya buat pindahan dan hubungi dia keesokan hari, dia tidak menjawab dan lambat untuk membalas mesej saya.

“Dia balas selepas beberapa kali saya hubungi dan dia minta saya tambah jumlah itu jika mahu dia membuat posting di IG,” katanya.

Katanya, Aliff enggan memulangkan duit berkenaan selepas diminta dan memberitahu bahawa dia sudah membuat posting berkaitan produk tersebut.

“Mulanya dia yang tawarkan untuk buat lapan minggu posting percuma, namun bila sudah dapat duit itu, dia kata jumlah tersebut tidak cukup. 

“Bila dia suruh saya tambah duit, saya minta dia pulangkan sahaja tapi dia tidak mahu dan kata sudah buat posting itu.

“Ya, dia ada buat satu posting tentang produk itu tapi selepas sehari dia memadamkannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rashidi berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya mahu menjadikan ia sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak tertipu.

“Dulu saya pun tak percaya bila orang viral pasal artis. Mungkin helah marketing. Sebab pada saya tak kan artis nak tipu orang sebb dia ada nama. Nanti naya diri dia sendiri. So disebabkan fikiran kita yang mcm tu lah kita senang ditipu termasuk diri saya.

” Tapi bila saya kena tipu macam ni saya terpanggil untuk dedahkan pada umum supaya jadi pengajaran dan ramai orang tak kena macam saya lagi. Terpulang nak percaya atau tidak,” ujarnya menerusi catatan pada laman media sosial itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Anak soleh Arrian ni 🥺 Moga semua yang terbaik saja buat anak-anak Fatin Afeefa ❤️

Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak

Katanya “Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal,”

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Mon, 9 Aug 2021

Permohonan & Semakan PSU 4.0, Bantuan RM 600 Buat Semua Pekerja

Para majikan kini boleh mula memohon bantuan di bawah Program Subsidi Upah 4.0 yang dibuka bermulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober. Menerusi PSU 4.0, bantuan berjumlah RM 600 akan disalurkan terus kepada majikan dan terhad […]

Featured Thu, 6 Oct 2022

Gara-Gara Diabetes, Mata Roslan Saleh ‘Dibutakan’ Demi Hilangkan Rasa Sakit Kepala – “Dia Memang Semakin Uzur”

Allahuakbar… beratnya ujian 😥 Semoga Pak Lan dan keluarga diberikan ketabahan 💪

Hiburan Fri, 19 Apr 2019