Hiburan By: SGMS Faida March 6, 2018 @ 6:32am

Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak

Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya mengaku tidak bersalah, hari ini.

Dakwaan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Ziana tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Terdahulu, Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya.

Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Khas Buat Peminat, NOAH Bakal Adakan Konsert 11 November Ini!

Dah sedia ke nak serbu NOAH tu?? Tak sabar😆😆

Hiburan Mon, 28 May 2018

Wow! Anak Teman Kajol Rasmi Patung Lilin

Ini merupakan pertama Kali, Nysa menemani ibunya ke acara rasmi seperti itu.

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral

Awak Boleh Anggap Saya Kawan”, Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral Jadi Kawan Di Instagramnya

Featured Sun, 20 Jun 2021

Ramai M40 Tergelincir Kepada B40, Beri Kelonggaran i-Sinar 2.0 Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Baru baru ini, terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) tergelincir ke kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rakyat Malaysia. […]

Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]

Featured Wed, 7 Sep 2022

“Saya Janji Tak Ada Hubungan Lagi” – Iqbal Hanya Berkawan Dengan DSV

Sesiapa yang single tu boleh lah cuba, Iqbal sedang mencari suri hati tu..