Eat Travel By: Fadzlena Jafar June 2, 2020 @ 11:00am

Stacy Anam kongsi resipi ikan basung masak ampap sempena Bulan Keamatan

Bersempena dengan sambutan Bulan Keamatan di Sabah, sepanjang Mei lalu, penyanyi terkenal Stacy Anam berkongsi video cara memasak ikan basung masak ampap, juadah tradisi Negeri di Bawah Bayu.

Ikan basung atau ikan sardin yang dimasak ampap sememangnya antara juadah kegemaran di Sabah. Juadah tradisi masyarakat etnik Kadazandusun ini mudah sahaja kerana resipinya hanya menggunakan bahan-bahan yang lazimnya sedia ada di dapur.

Perkongsian Stacy itu menarik perhatian ramai peminatnya, malah ramai yang ingin mempelajari cara memasak resipi istimewa itu.

Siapa sangka, penyanyi kelahiran Penampang yang tampak lincah dan gemar menari itu rupa-rupanya hebat di dapur. Cara beliau memasak sedikitpun tidak kekok, sekali gus menunjukkan Stacy sebenarnya sudah biasa memasak.

“Pada bulan Kaamatan ini, saya ingin memasak makanan zaman dulu-dulu daripada orang Kadazandusun dan juga satu daripada makanan kegemaran kedua-dua orang tua saya Chingg iaitu ikan basungan masak ampap.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Keamatan kepada kamu semua,” tulisnya dalam perkongsian pada 9 Mei lalu.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, juara Akademi Fantasia Musim Ke-6 itu juga gemar berkongsi pelbagai resipi masakan menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi kerjasama dengan Maggi Malaysia, Stacy berkongsi pelbagai resipi juadah tradisi Sabah antaranya mi Tuaran, pinarasakan basungan atau ikan masak singgang, ayam goreng tuhau, nasi goreng merah, nasi goreng telur masin dan tuhau Jepun masak ayam.

Bukan sahaja nampak sedap, tetapi cara Stacy memasak kelihatan begitu mudah dan sesiapa sahaja boleh menyediakannya.

Berikut dikongsikan resipi ikan basung masak ampap:

 

Bahan-bahan:

1 kg ikan basung (boleh juga guna ikan kayu)

4 batang serai, dititik

Air secukupnya

Asam keping/air asam jawa

Garam secukup rasa (ditambah Maggi Cukup Rasa juga boleh)

Bahan-bahan untuk dikisar:

7 cm kunyit (saiz ibu jari 3 biji/saiz kelingking 6 ke 7 biji) *

Cili padi (bergantung pada cita rasa, jika hendak pedas letak banyak)

5 cm inci halia *

4 biji bawang merah

6 biji bawang putih

Cara memasak:

1. Siang, bersihkan dan toskan ikan.

2. Masukkan sedikit minyak untuk menumis.

3. Masukkan serai dan masukkan semua semua bahan yang sudah dikisar.

4. Gaulkan ikan bersama-sama air asam dan susun ikan tadi dalam periuk.

5. Masukkan air dan pastikan ikan ditenggelami air.

6. Campurkan sedikit garam. Boleh juga masukkan perasa.

7. Masak sehingga air ikan tinggal sedikit, pastikan jangan sampai hangus! Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Instagram @stacyanam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Kini Dah Ada KitKat Berperisa Teh Tarik! Anda Dah Cuba?

KitKat selalu tampil dengan perisa unik dan pelik-pelik, kan?

Featured Wed, 10 Jan 2018

Idris Khan Kongsi Tips Untuk Wanita Insecure

Pengalaman selama 10 tahun dalam bidang peragawan membolehkan pelakon Idris Khan melihat dan berjumpa dengan ramai wanita cantik dari seluruh dunia. Berdasarkan pengalamannya, pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ini berkongsi bahawa wanita […]

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Tak Pernah Terpadam Cinta & Sayang” – Ziarah Pusara Siti Sarah, Netizen Hiba Lihat Anak & Ayah Arwah

Tular sebuah video penyanyi dan pelakon veteran, Raissuddin Hamzah bersama cucu, Uwais Al-Qarni melawat pusara Allahyarhamah Siti Sarah, baru-baru ini. Menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, video berdurasi 23 saat itu memaparkan […]

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Tue, 31 Jul 2018

Review: Sediakan Tisu Sebelum Menonton Filem Pulang!

Filem ini betul-betul main dengan emosi anda!

Featured Tue, 15 Aug 2023

Badan Masih Kuat, Cef Wan Tak Mahu Serina Teman Jalani Kemoterapi… Syukur Sel Kanser Belum Serang Organ

Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa – Serina

Featured Mon, 29 May 2023