Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi March 24, 2025 @ 11:08pm

Nabil Aqil Terkejut Bapa Bina Rumah Kayu Kampung 1928 Bernilai RM500,000 Untuk Majlis Sanding

Pelakon Nabil Aqil tidak menyangka bapanya, Ahmad Zaidi Masri membina sebuah rumah kayu kampung bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh sebagai persiapan untuk majlis persandingannya pada masa depan.

Sebagai seseorang yang membesar di bandar, Nabil memang menyimpan impian untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana kampung.

“Saya tak sangka dia sanggup bina sebuah rumah kampung khas untuk majlis persandingan saya nanti.

“Memang saya ada cakap saya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di kampung dan ini satu kejutan besar buat saya,” katanya.

Walaubagaimanapun, Nabil mengakui dia masih belum menemui calon isteri bagi merealisasikan impian tersebut.

“Memang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin, tetapi buat masa ini saya reda kerana belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Saya percaya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Sementara itu, bapa Nabil, Ahmad Zaidi Masri, mendedahkan rumah kayu tersebut asalnya dibina di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 1928 sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang.

“Namun rumah ini dipindahkan dengan penuh teliti menggunakan teknik tanggam tanpa menggunakan sebarang paku. Jadi rumah itu dipindahkan dan dipasang semula di lokasi sekarang.

“Rumah ini adalah simbol keunikan seni bina tradisional yang masih relevan dalam memenuhi keperluan moden hari ini,” katanya.

Memandangkan Nabil masih belum mempunyai calon isteri, rumah tersebut yang dinamakan Rumah Kayu 1928 kini boleh digunakan untuk pelbagai acara eksklusif seperti majlis perkahwinan, sambutan hari lahir dan acara korporat.

“Misalnya, Rumah Kayu 1928 baru saja digunakan oleh Datuk M. Nasir untuk penggambaran promosi konsertnya bertajuk Cipta Raya,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 May 2026

“Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan” – Fazura Nasihat Wanita Didakwa Jalin Hubungan Sesama Jantina

Fazura berharap agar perkara tersebut tidak benar dan tidak dinormalisasikan.

Featured Fri, 22 Aug 2025
Featured Mon, 26 Aug 2024
Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

‘Ramailah Muka Macam Muka Sufian Suhaimi’- Netizen Terkejut Gambar Intim Tersebar

Gambar yang diperoleh di akaun Twitter PenumpahTeh jelas memperlihatkan jejaka yang mirip pelantun Di Matamu ini sedang nyenyak tidur di sisi seorang wanita yang ditutup wajahnya.

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Tue, 22 May 2018

东于哲出道9年首次亮相北京「终于实现了!」

出道九年的东于哲正式进军中国,携新歌《黑白说》亮相北京举办媒体见面会!发布会现场被精心布置成格斗舞台,东于哲全球首唱新歌,充满感染力的音乐唱出了大众的心声,也展现了自己的实力与音乐态度。

error: Content is protected !!