Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal November 23, 2017 @ 2:57pm

Nabil Hilang Hormat Pada Chef Wan Selepas Dikritik

Chef Wan ada memuatnaik satu status menerusi Instagram yang mengkritik cara pengacaraan Nabil Ahmad ketika mengendalikan program Gegar Vaganza yang dilihat sebagai biadap dan tidak hormat orang tua.

Selepas status itu dimuatnaik, Nabil Ahmad ada memberikan respons melalui satu video mengatakan beliau terima kritikan tersebut namun meluahkan rasa kurang senang dengan cara Chef Wan yang menjadikan perkara itu pengetahuan umum.

“Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza”

“Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya,” ujarnya

“Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi,” tambahnya.

Nabil Ahmad juga mengakui yang beliau sudah hilang hormat terhadap Chef Wan selepas kritikan negatif sebegitu datang dari individu terpengaruh seperti dirinya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jun 2023

“Saya Serious” – Kasih Iris Leona Cari Boyfriend, Tapi Ramai Pula Wanita Nak Cuba?

Ehhhh, ghisau! 🤣 Leona cari boyfriend tu guys boleh la cuba apply 😜

Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Featured Wed, 4 Feb 2026

“Perjuangan Wanita Lepas Cerai Bukan Dendam Tapi…” – Ibu Dr.Fie Luah Rasa Bangga, Anggap Anak Sebagai Wanita Hebat 

Dr. Zailah juga sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan menjalani kehidupan.

Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Cipta Sejarah…Exists Gegar Stadium Malawati 28 September Depan!

Nantikan kemunculan Exists Disember ini di Stadium Melawati

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

CFU Bongkar Kisah ‘Ditikam’ Rakan Sendiri Dalam Single Ku Takkan Menyerah

Mereka dapat kereta mereka lari, itu yang membuatkan saya betul-betul kecewa…

error: Content is protected !!