Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 6, 2024 @ 3:36pm

‘Tak Kira Apa Yang Berlaku, Saya Tetap Akan Wakili Malaysia’ – Lee Zii Jia

Kemenangan pingat gangsa pemain badminton negara, Lee Zii Jia dalam perlawanan menentang Lakshya Sen mewakili India di Sukan Olimpik Paris 2024 semalam membuatkan rakyat malaysia terus berbangga.

Susulan itu, tular sebuah video temu bual dipercayai sekitar tahun 2022 memaparkan wartawan bertanya khabar angin kepada Zii Jia mengenai dakwaan dia akan bermain untuk negara lain.

Namun begitu, atlet tanah air berusia 26 tahun itu berpendirian teguh untuk terus mewakili Malaysia walau apa pun akan terjadi.

“Ketika saya menghantar surat peletakan jawatan itu, saya sudah bersedia dengan perkara yang paling teruk akan berlaku iaitu selama dua tahun tidak akan bersaing dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

“Tapi saya tak pernah terfikir untuk tukar kerakyatan atau main untuk negara lain. Tak pernah. Tak kira apa yang berlaku, saya tetap akan wakili Malaysia,” katanya.

Zii Jia menghadiahkan pingat kedua kepada Malaysia bagi perlawanan perseorangan lelaki selepas pasangan beregu, Aaron Chia dan Soh Woo Yik yang turut merangkul pingat gangsa menewaskan pasukan Denmark.

Terdahulu, bekas juara All England 2021 ini telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dipercayai akibat tidak tahan dengan tekanan diterimanya.

Artikel Berkaitan: Momen Lee Zii Jia Peluk Wartawan Undang Sebak, Netizen Komen: “Berjurai Air Mata, Thank You Selalu Ada Dengan Mereka”

Artikel Berkaitan: “Lee Chong Wei Pun Tak Dapat Offer Macam Ni…” – Sanggup Tolak Tawaran Gaji RM1 Juta, Lee Zii Jia Nekad Mahu Jadi Pemain Profesional

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Events Wed, 12 Dec 2018

Check Out What Went Down Over the First Week of Heineken Live Your Music!

Don’t miss out on this week’s events either.

Trending Thu, 22 Apr 2021
Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Bukan Sekadar Konsert, Healing Nite 2026 Jadi Terapi Emosi Buat 20,000 Penonton

Jika kebanyakan konsert sering dikaitkan dengan suasana hingar-bingar, padat dan meletihkan, Healing Nite 2026 memilih haluan yang berbeza. Penganjur membawa pengalaman yang lebih tenang, tersusun dan dalam banyak detik, menyentuh emosi secara halus tetapi mendalam. […]

Events Thu, 15 Nov 2018

Wow! Lebih 20,000 Peminat Banjiri Konsert Guns N Roses Di Surf Beach, Sunway Lagoon

Meriah nya konsert Guns N Roses ni, rugi pula tak pergi

Hiburan Wed, 4 Oct 2023
error: Content is protected !!