Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 29, 2020 @ 11:08am

Naim Daniel Dapatkan Sentuhan Man Kidal Dalam ‘Sembah’

Ramai yang tak sabar untuk mendengar lagu terbaru dari penyanyi berbakat, Naim Daniel iaitu ‘Sembah’ yang bakal dilancarkan selepas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) walaupun baru-baru ini kontroversi timbul mengenai penggunaan tanda palang #sembahnaim yang dikatakan tidak sesuai dan boleh memesongkan aqidah.

Baca: Naim Daniel Nafi #SembahNaim Pesongkan Akidah

Walau bagaimanapun, Naim berkata hashtag tersebut digunakan bagi memudahkan pencarian lagu tersebut di laman sosial seperti juga lagu-lagunya yang terdahulu. 

Malah, Naim menambah lagu Sembah sebenarnya berkisar mengenai kisah cinta.

“Ia berkisar pada karekter seorang lelaki yang sudah mempersembah atau memberikan segalanya kepada kekasih, namun tidak dihargai.

“Dalam erti kata lain, Sembah adalah satu lagu yang meluahkan rasa terkilan, kesedihan dan kekecewaan hati lelaki terhadap cintanya,” katanya kepada Harian Metro. 

Lebih menarik lagi, lagu tersebut mendapat sentuhan professional gitaris lagenda tanahair, Man Kidal kerana Naim mengimpikan kolaborasi dengan pemuzik yang pernah menempa nama dalam industri hiburan, lebih-lebih lagi lagenda seperti Man Kidal yang patut dihargai.

“Lagu Sembah ini ciptaan komposer, Ikkie dan penghasilannya bertujuan menunjukkan penghargaan kepada lagenda muzik tanahair seperti Man Kidal.

“Di luar negara, sudah ramai sebenarnya penyanyi yang berkolaborasi dengan pemuzik senior dan berpengalaman.

“Jadi, selepas berbincang, saya dan Ikkie bercadang menjemput Man Kidal sebagai penampilan khas dalam lagu baru ini,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, Naim mendakwa dia sebenarnya tidak menjangka akan mendapat maklum balas segera daripada pihak Man Kidal kerana dia hanya menghantar mesej peribadi melalui laman media sosial Instagram. 

“Saya tak ada nombor telefonnya.  Jadi, saya cuba nasib dengan menghantar mesej menerusi Instagram. 

“Alhamdulillah, tak sampai satu hari abang Man Kidal membalas mesej saya dan bersetuju untuk kami berkolaborasi. 

“Sebulan kemudian, sekitar November tahun lalu, kami sudah dapat rakamkan lagu Sembah itu. Syukur, semuanya berjalan lancar,” kata pelantun lagu Sumpah itu yang sedang dalam persiapan untuk berentap di pentas AJL 34 pada 9 Februari ini. 

Kredit Foto: Instagram @naimdanielx

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2024

Ada Yang Dengki Abby Abadi Kembali Aktif Berlakon, Ini Respons Empunya Badan – “Hitam Sangat Hati Tu…”

Sebelum ini Abby pernah cakap akan berlakon semula sekiranya dapat watak bernilai di sisi Allah, mungkin drama ini? Nantikannnnn!

Featured Mon, 24 Feb 2025
Featured Mon, 25 Aug 2025
Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Penuh Debaran, Aksi Luar Biasa…SANGKAR Di Pawagam 29 Ogos Ini!

Jangan lupa untuk saksikan filem SANGKAR

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Skandal Pelacuran Dan Dadah, Seungri Enggan Serah Telefon Bimbit

Nampaknya, kes melibatkan idol kpop ini masih belum selesai yah!

TECH Wed, 7 Nov 2018
error: Content is protected !!