Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 5, 2024 @ 2:56pm

“Nak Hidup Mewah, Sondol Suami Orang” – Elvina Mohamad

Pelakon popular, Datin Elvina Mohamad mengaku individu yang menjadi perosak rumah tangga dan sanggup menjadi orang ketiga dalam sebuah perhubungan dianggap sebagai memiliki fikiran yang singkat.

Katanya, individu yang dianggap sebagai penyondol itu sanggup mengganggu kebahagian orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Malah, sebagai seorang selebriti dia dan suami, Datuk Mohd Haniff Borhan juga tidak terlepas dari menerima ujian sedemikian,  apatah lagi dia juga kerap menerima pesanan berupa mesej pelik menerusi pesanan langsung (DM) di Instagram.

“Sebenarnya ada saja wanita berfikiran singkat, nak hidup mewah sondol suami orang.”

“Bila masuk alam perkahwinan, itu tak seindah seperti yang mereka sangkakan. Sampai sekarang usia perkahwinan saya sudah tujuh tahun dan macam-macam yang kami sudah lalui.

“Masa kami kerap berkongsi di media sosial, orang masih menghantar pesanan langsung (Direct Message). Mereka bukan tak tahu, mereka hanya buat-buat tak tahu dan sengaja nak mengacau.

“Ada segelintir daripada mereka yang tak faham bahasa sehingga saya dapat DM yang pelik-pelik. Tetapi, saya memilih untuk elakkan dan sekat mereka. Tak nak layan.

“Mesej pelik itu saya terima dari zaman sebelum kahwin sehinggalah sudah berkahwin dan ada anak,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD 🦋 (@elvinamohamad)

 

Mengaku setiap wanita wajib mempunyai karier sendiri, pemilik nama penuh Norzalina Mohamad, 29, memaklumkan, ia adalah sebagai persediaan untuk golongan wanita pada masa hadapan kelak.

“Kalau kita nak bergantung pada pasangan kita walaupun dia sangat kaya raya pun tak boleh juga. Saya rasa kalau nak duit, bekerja dan kena usaha sendiri.

“Sebab esok lusa kita sendiri yang kena tanggung, jadi sediakan payung sebelum hujan.

“Saya nasihatkan pada semua wanita di luar sana, kena ada karier atau kerja sendiri,” jelasnya.

Sekadar info, Elvina dan Haniff Borhan telah berkahwin pada Mac 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 6, dan Ean Maleeq, 1.

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Feb 2023
Trending Thu, 3 May 2018

下雨她来不及收衣…楼上窗户伸出两把伞

很多人都有这样的经验,在阳台晒衣服,忽然一阵大雨,来不及收,衣服被淋湿,于是又要重洗了。不过,中国浙江最近出现一个温馨的画面,有一名老翁看到楼下的衣物还没收,在窗户边默默撑起伞,直到邻居来收衣服。

Featured Fri, 31 Mar 2023

Bawa Watak Penyondol? Puteri Sarah Harap Karakter Tak Terbawa Ke Kehidupan Sebenar – “Ni Memang Tahap Psiko!”

Uishh! Tak sabar nak tengok Sarah bawa watak penyondol. Mesti dia bagi all out punya🤚

Events Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Tue, 19 Aug 2025
error: Content is protected !!