Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 8, 2018 @ 7:49pm

Nak Tengok Paduan Suara Awie, Ella? Jom Ke Dinner GIG 2018!

Dua lagenda Rock, Datuk Awie dan Ella bakal mengadakan persembahan di Dinner GIG 2018 yang pertama kali dianjurkan oleh FUFC The Fighters.

Sebelum ini, FUFC The Fighters yang lebih dikenali dalam bidang sukan bola sepak kini melebarkan sayapnya ke lapangan hiburan pula.

” Ada banyak lagu yang akan disampaikan pada hari itu. Pihak kami juga berusaha untuk memuaskan semua pihak. Mungkin kami akan berduet (Awie & Ella), mungkin juga kami akan menyanyikan lagu Baldu Biru. Yang pasti, akan ada kejutan,” kata pengurus pembangunan perniagaan FUFC The Fighters, Tuan Fathul Huzir Ayob. 

Dinner GIG 2018 bertujan untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan Kelab Bola Sepak Felda United. FUFC The Fighters juga percaya dengan berlangsungnya acara begini, ia juga mampu menjadi medium untuk mendekatkan peminat dengan selebriti lagenda tanah air.

Dinner Gig 2018 bakal berlangsung pada hari Jumaat, 7 Disember 2018 jam 8.30 malam bertempat di Ballroom Hotel Tenera Bangi. Tiket juga terhad untuk 700 orang sahaja.

Pakej Silver: RM 250 seorang (Meja untuk 10 orang)

Pakej Gold: RM 350 seorang (Meja untuk 10 orang)

Pakej Platinum: RM 500 seorang (Meja untuk 10 orang)

Penganjur juga bakal mengadakan cabutan bertuah yang melayakkan tetamu membawa pulang 2 unit gitar eletrik dan 2 unit gitar akustik yang ditandatangani oleh Dato Awie dan Ella. Penonton juga harus berusia 15 tahun ke atas sahaja. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan tiket di www.stubapp.com atau ke kaunter tiket di Hotel Tenera Bangi. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sat, 11 May 2024
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Featured Thu, 30 Oct 2025

Anggun Berbusana Putih, Puteri Balqis Umum Sudah Bertunang

Aqish berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya.

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Hawa Rizwana Enggan Cantik Dengan Pembedahan Plastik

Hawa Rizwana tak mahu jelita dengan menggunakan jalan pintas.

error: Content is protected !!