Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 26, 2026 @ 1:32pm

Neelofa Berhasrat Bawa Bilal & Abbas Tunai Haji Bersama, Impi Pergi Banyak Kali – “Moga Allah Kabulkan”

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi momen bersama pengikutnya ketika dia dan keluarga menunaikan ibadah haji sekitar tahun 2019.

Menurut Neelofa, dia berasa rindu untuk menjejakkan kaki ke Mekah selain berharap diberikan rezeki untuk menunaikan ibadah itu sekali lagi bersama kedua-dua anaknya dan keluarga mentuanya.

“Rindu haji. Nak buat banyak kali kalau Allah rezeki dan jemput. Nak buat haji dengan suami, bilal dan abbas nanti. Nak buat haji dengan mama dan daddy dan ibu dan ayah mentua,”

Dalam hantaran yang dikongsikan menerusi ruangan Instagram Story (IGS) miliknya, Neelofa turut berkongsi momen paling menyentuh hati ketika waktu wukuf di Arafah apabila dia dan para jemaah direzekikan merasai waktu hujan di sana.

Akuinya, itu adalah momen paling bermakna kerana kawasan tersebut dilaporkan tidak pernah mengalami hujan selama sembilan tahun.

“Antara hari yang paling istimewa dalam hidup saya. Arafah hujan selepas 9 tahun tak hujan pada waktu wukuf,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Neelofa turut berharap agar segala impian dan doanya termasuklah untuk kembali menjadi tetamu Allah SWT dimakbulkan.

“Sentiasa terselit dalam doa-doa ku. Moga Allah SWT kabulkan dengan kesempurnaan-Nya,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA? – FARID KAMIL

Kelihatan adik Farid iaitu Fadzil Zahari turut hadir bagi menemani abangnya dalam perbicaraan tersebut. Selain itu, rakan artis seperti Azhan Rani dan Azad Jasmin juga kelihatan bagi memberikan sokongan kepada beliau

Hiburan Wed, 23 May 2018

Deja Moss Kelu, Akui Biasa Hidup Sendiri

Bagi saya sekarang, kalau hidup berdua atau sendiri, sama saja sebab memang selalu ditinggalkan. Pendek kata, saya sudah biasa hidup seorang diri…

Trending Wed, 17 Jun 2020

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Kini Pengguna Boleh Tuntut Kepada TTPM

Berita baik buat semua yang mengalami masalah bil api melambung tinggi

Hiburan Sat, 3 May 2025

Yusof Haslam Tawar Sumbangan RM380,000 Kepada Mangsa Letupan Gas Di Putra Heights

Yusof Haslam berkata keputusan itu dibuat atas dasar simpati terhadap mangsa yang terjejas

Featured Mon, 16 Jan 2023
Trending Mon, 3 Aug 2020
Hiburan Wed, 31 Dec 2025
error: Content is protected !!