Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin September 4, 2018 @ 4:00pm

Nicotine Replacement Therapy Boleh Bantu Perokok Untuk Berhenti Merokok

Perokok tegar bukan sahaja tergolong dalam kalangan lelaki, tetapi terdapat juga segelintir kaum wanita yang tidak boleh kalau sehari tak merokok. 

Biasanya, orang-orang yang merokok ini memang susah nak berhenti, mungkin rasa tidak selesa ataupun sesuatu yang tidak kena jika mereka tak merokok. 

Ada juga yang mengambil inisiatif untuk berhenti merokok, tetapi gagal menahan nafsu dan akhirnya menjadi semula perokok tegar. Susah sangat ke nak berhenti merokok?

Sebenarnya, terdapat satu bantuan yang boleh anda cuba iaitu Nicotine Replacement Therapy (NRT). Terdapat kajian yang menyatakan bahawa, kadar orang yang berjaya berhenti rokok adalah 2 kali ganda meningkat jika guna NRT.

Untuk pengetahuan anda, anggaran masa untuk gunakan NRT ini adalah selama 8 hingga 12 minggu. Kalau nak guna lebih daripada 12 minggu juga tidak salah. 

Terdapat 4 jenis NRT yang wujud di Malaysia. Biasanya seorang boleh guna 1 jenis sahaja, tapi kalau anda perokok tegar, boleh combine 2 jenis. Jom kita semak cara betul untuk gunakan NRT ini.

1. Nicotine Patch

Nikotin patch ini anda boleh tampal dekat kulit yang tak ada bulu. Ia boleh dipakai selama 16 jam sehari dan jangan sesekali pakai pada waktu tidur.

Kalau anda nak masuk tidur, anda boleh mencabutnya. Untuk nicotine patch ini ada beberapa dos, anda perlu bincang terlebih dahulu dengan ahli farmasi.

2. Nicotine Gum

Nicotine jenis ini seperti anda makan chewing gum. Anda perlu kunyah lebih kurang 10 kali, dan anda akan rasa berangin. Lepas itu, anda berhenti mengunyah dan sorok pada celah gusi. Biarkan dan bila dah rasa tawar, anda boleh sambung kunyah semula. Ulang langkah ini.

Dalam masa 15 minit lepas kunyah, jangan makan atau minum apa-apa selain air kosong. Biasanya cara guna adalah 1 gum setiap 1-2 jam. Boleh naikkan dan turunkan ikut tahap ketagihan. Tapi kena bincang dengan ahli farmasi atau doktor yang merawat anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia

Sihat Wed, 12 Dec 2018
Featured Thu, 2 Aug 2018

Manfaat ‘Air Orang Kaya’ Yang Perlu Anda Tahu

‘Air orang kaya’ ini boleh mencecah RM15 hingga RM20 sebotol! Agak mahal kan untuk air yang tiada perisa?

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Featured Fri, 11 Oct 2019

Golongan berisiko menghidap kanser payudara? Anda salah seorang daripadanya!

Bersama tingkatkan kesedaran risiko kanser payudara

Sihat Tue, 10 Jul 2018

Garu Kepala & Gelak Mampu Buat Anda Kurus? Biar Betul?

Lagi tinggi metabolisme, lagi bagus. Tak perlu bersenam pun!

Featured Tue, 4 Feb 2020
Featured Mon, 23 Mar 2020
Sihat Wed, 21 Nov 2018
Sihat Wed, 19 Sep 2018

Wanita Mudah Naik Hantu Bila Nak Period, Kenapa Ya?

Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron punca utama perubahan emosi wanita.

error: Content is protected !!