Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 28, 2021 @ 9:26pm

Noki & MK K-Clique Rebut Cinta Gadis Bernama Mira… Apa Cerita Ni?

Anggota rap kumpulan K-Clique, Noki dan MK kini dalam persaingan untuk merebut hati seorang gadis bernama Mira.

Ha, jangan terkejut kerana itu hanyalah jalan cerita naskhah yang dibintangi oleh mereka bersama Elisya Sandha dalam drama bersiri Oh My Hantaran di slot Diandra TV9.

Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula esok, 29 Disember, drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua manakala skripnya pula hasil nukilan MF Kencana.

Oh My Hantaran mengisahkan Mira (Elisya Sandha), gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua. Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Mail seorang yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan yang dianggap sebagai ayah.

Encik Sabri mengharapkan Mira, satu-satu anaknya itu berkahwin dengan Rizal (MK K-Clique), iaitu anak kepada ketua kampung. Rizal berkelulusan ijazah universiti malahan dia bakal mewarisi tanah dan perniagaan kampung ayahnya. Sebenarnya Rizal seorang gengster kampung yang digeruni oleh pemuda kampung tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tua.

Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira. Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul jumlah duit itu dalam tempoh yang singkat. Rizal yang mula menyukai Mira dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara pun.

Dalam keadaan buntu mencari jalan, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur. Tanpa dijangka, Malek meminta Mail untuk mendapatkan kembali wangnya dari para penghutang.

Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu. Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. Mail tidak ingin kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira. Adakah Mail akan berjaya dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira? Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira?

Oh My Hantaran juga menampilkan lagu ‘Payung Pelangi’ nyanyian oleh Noki dan MK sebagai OST drama ini. Lagu ini adalah hasil komposer dan lirik oleh Noki dan MK sendiri.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Jun 2021
Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Arish Mikael Kembali Mengukir Jiwa! Antara Puisi Dan Rautmu Sarat Emosi & Kejujuran

Antara Puisi dan Rautmu bukan sekadar lagu cinta biasa, sebaliknya menggambarkan perasaan seorang seniman yang jatuh cinta

familuv Sat, 22 Oct 2022

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh Aksi anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden yang sedang berzikir mencuri tumpuan warganet. @noornabila00 Celah helmet pun boleh […]

Events Mon, 9 May 2022
Trending Fri, 9 Apr 2021

Syatilla Melvin Mahu Lunas Hasrat Sambung Pembinaan Masjid Terbengkalai

Bersempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berhasrat untuk menyambung semula pembinaan masjid yang terbengkalai di Sungai Siput, Perak. Kata Syatilla, sebahagian daripada hasil jualan produk makanannya kolaborasi […]

Featured Sun, 2 Oct 2022

Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

MasyaAllah, comelnya Amir 🥰🥰 Copy paste Mira Filzah sangat nii 🤩🤩 Semoga membesar dengan sihat sayang ❤️

error: Content is protected !!