Bukan semua orang boleh jadi model, tak kiralah secantik mana pun mereka tu.
Itulah sebabnya ramai ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang kecomelannya tahap luar biasa, akan mengambil peluang untuk mendaftarkan mereka ke agensi modelling secepat mungkin.
Dan kalau mereka dilatih betul-betul, mereka berpotensi untuk menjadi model yang ternama satu hari kelak.
Ada ramai model kanak-kanak yang dah pun berjaya melakar nama di persada dunia. Dan mereka ni memang tak dinafikan berbakat! Fuhh, pose mereka seperti model-model yang 10 tahun lagi tua daripada mereka.
Model-model muda ini juga telah menarik minat ramai di Instagram. Jom tengok siapa mereka ni.
Cantiknya! Nampak dewasa pula tu, padahal baru umur 12 tahun. Model Russia ini dah pernah peraga untuk jenama Burberry, Armani, Roberto Cavalli, dan pernah muncul dalam majalah Vogue. Kanak-kanak ini, yang mempunyai 2.1 juta followers di Instagram, juga pernah menang pingat emas untuk bakat gimnastiknya!
Kecil je budak dari Russia ini! Umur pun baru 6 tahun, tapi dia dah 1.1 juta followers di Instagram. Kau ada? Dia mulakan kerjaya modelling ini pada umur 4 tahun dan kini sudah bekerja dengan banyak jenama kanak-kanak yang top di negaranya.
Dia mungkin baru berumur 8 tahun, tapi model muda ini dah pernah pose untuk jenama ternama seperti Dr. Martens. Dia juga rupa-rupanya minat bidang fesyen, berdasarkan gambar-gambar di akaun media sosialnya. Stailo!
Umur baru setahun jagung tapi dah nampak cool! Dua beradik ni, Stella, 7 dan Blaise, 5, dah pernah model untuk jenama antarabangsa seperti Gap Kids, Kohls, Converse dan Tommy Hilfiger.
Wow! Uniknya nama! Budak berumur 8 tahun ni popular di media sosial. Dia mempunyai 1.5 juta followers di Instagram dan akaun YouTube keluarganya pun sering mendapat jumlah views yang tinggi. Ibunya berkata, Txunami mula popular setelah gambarnya memakai baju oleh @Kardashiankids telah dimuatnaik di akaun Instagram jenama itu. Pada hari yang sama, mereka telah membuka akaun Instagram dan berjaya mendapat lebih daripada 10,000 followers pada minggu pertama. Pantas!
Budak ini baru berumur 12 tahun dan badannya berisi sikit tapi dia dah dianggap sebagai salah seorang “top model” di United Kingdom. Fuyo! Ibu Adrian menggalakkannya untuk menjadi model semata-mata untuk meningkatkan tahap keyakinan dirinya – dan ia memang efektif! Adrian kini kerap model untuk agensi periklanan serta berjalan di runway. Dia juga berharap untuk menyebarkan mesej positif melalui pengaruhnya sebagai model plus-size kanak-kanak.
Sumber: Insider
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅