Oh Lawa By: Ad Ops October 23, 2018 @ 2:00pm

6 Trick Fesyen Yang Meghan Markle Mungkin Telah Guna Untuk Menyorok Kehamilannya

Isnin lalu Istana Kensington telah mengumumkan yang putera diraja dari Britain, Harry dan isterinya Meghan Markle bakal menimang cahaya mata pada tahun depan.

Meghan dilaporkan kini sedang mengandung 12 minggu, dan secara realitinya, sama dengan wanita lain di tahap awal kehamilan sebegini, “baby bump” miliknya belum lagi menonjol.

Walau bagaimanapun, peminat-peminat pasangan ini yang peka telah perasan yang Meghan mungkin telah menggunakan beberapa taktik untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada “perutnya”.

Di bawah adalah 6 trick tersebut:

1. Kot, kot dan lagi banyak kot

Foto: Getty Images/Samir Hussein

Well, sekarang memang tengah sejuk di England jadi memang patutlah Meghan memakai banyak helai kot. Tapi, jaket merupakan sejenis item pakaian yang berkesan untuk menyorok bahagian tengah badan si pemakai. Strukturnya yang kukuh tak mudah ditiup angin hingga bentuk badan si pemakai terserlah.

Foto: Getty Images/WPA Pool

Foto: Getty Images/Gareth Fuller

2. Blazer

Foto: Getty Images/Mark Cuthberg

Sama seperti kot, blazer memang efektif jika anda ingin menyorok bentuk badan anda. Kali ini Meghan nampak lebih formal.

3. Peplum

Foto: Getty Images/Mark Cuthberg

Potongan peplum bagi sesuatu blaus itu menawarkan satu lapisan cover bagi bahagian perut si pemakai. Sebagai contoh, lihat blaus Oscar de la Renta yang Meghan pakai pada 24 September lalu. Ropolnya meriah betul!

4. Rambut?

Foto: Getty Images/Karwai Tang

Apabila Meghan muncul di sebuah majlis dengan rambut lurus, ramai peminat terus membuat andaian yang dia mungkin mengandung. Itu bukan saja kerana dia memakai kemeja peplum tapi kerana dia menggayakan rambut lurus buat pertama kali sejak dia bertunang dengan Putera Harry.

Rupa-rupanya menukar gaya rambut sebelum mengumumkan berita kehamilan adalah sebuah taktik yang kakak ipar Harry, Kate Middleton, telah guna dulu. Mungkin Meghan pun ikut!

5. Clutch

Foto: Getty Images/Karwai Tang

Ya, mungkin inilah cara biasa untuk pegang beg tangan mini ini, tapi ia juga merupakan posisi yang bagus untuk menyorok sesuatu daripada mata orang ramai.

Foto: Getty Images/Max Mumby/Indigo

Foto: Getty Images/Karwai Tang

6. Ropol 

Foto: Getty Images/Max Mumby/Indigo

Sama macam peplum, ruffles (ropol) dan pleats (lipatan baju) berupaya untuk menghadang pandangan orang lain daripada badan si pemakai.

Foto: Getty Images/WPA Pool

Ha, jika anda juga hamil tapi tak nak orang lain tahu, bolehlah anda gunakan tip-tip di atas!

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 17 Jan 2019

Mencari busana muslimah menepati syariat Islam namun masih kelihatan bergaya, Nur Aishah ada jawapannya!

Nur Aishah mengutamakan ciri-ciri kesopanan wanita muslimah, menutup aurat dan keselesaan yang abadi dalam beribadah.  

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

7 Tip Pilih Kaca Mata Hitam Supaya Nampak Gorgeous!

Hujung minggu ini ada public holiday sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Bagi yang mencari-cari kaca mata baru untuk digayakan ketika bercuti nanti, semak tip berikut.

Featured Wed, 25 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 3 Dec 2019
Featured Fri, 15 May 2020
Acara Mon, 8 Oct 2018

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

11 momen menarik sepanjang berlangsungnya ABPBH31 semalam!

Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikuti 10 Tip Ini Supaya Makeup Anda Tahan Lama Pada Hari Raya Nanti

Kalau makeup cair, takut anda nampak macam badut pula.

Oh Lawa Thu, 21 Jun 2018

Tambah Ketinggian Dengan Ilusi Pemakaian. Ini Panduannya Yang Perlu Anda Rujuk

Kata orang, dengan tubuh begini bukan saja tampak cantik persis supermodel, bahkan bentuk fizikal yang cukup ideal dengan apa juga jenis fesyen.