Oh Lawa By: Yanie Baharom May 27, 2019 @ 5:15pm

Perincian bulu burung unta dan kristal Swarovski, rekaan terbaik dan terkini daripada Tudung Ruffle

Lain orang lain ragamnya. Ada yang dari awal lagi sudah membuat persiapan Hari Raya dan ada juga lebih senang berbelanja di saat akhir.

Kepada wanita yang termasuk dalam kategori sering membuat persiapan saat akhir, untuk mengurangkan sakit kepala dalam membuat pilihan khususnya ketika mencari tudung yang selesa dan mudah disuai padan dengan busana selain senang digayakan namun tampak glamor, koleksi Lebaran yang dikeluarkan Tudung Ruffle pada tahun ini adalah item wajib anda miliki.

Tudung Ruffle, satu jenama yang sinonim dengan tudung bawal membawa satu inovasi baharu menerusi koleksi Lebaran 2019 yang berupaya menawan hati setiap hijabista.

Menurut pengasasnya, Hanis Arif, beliau mahu mengubah stigma umum yang kerap mengaitkan penggayaan tudung bawal sebagai fesyen lapuk dan ketinggalan zaman.

 

“Koleksi raya kali ini, kita masih mengekalkan elemen bawal ditambah dengan bulu sintetik daripada burung unta.

Sebenarnya, sentuhan bulu itu memberi kelainan buat si pemakai. Ia sebenarnya tampak lebih ekslusif berbanding bawal biasa,” katanya.

Berhubung harganya yang dikatakan sedikit mahal, ini kerana #RufflePhoenix menggunakan material kain kapas Jepun (Japanese Cotton). Bukan bawal biasa, kualiti fabriknya terbaik kerana bukan sahaja mudah dipakai, tetapi senang dibentuk dan lembut.

“Selain itu, tudung ini dihiasi dengan 53 biji batuan kristal Swarovski yang ditempah khas dari Austria. Dalam menghasilkan rekaan yang luar biasa, satu helai #RufflePheonix diperincikan dengan 14 helaian faux swan feather,” katanya.

Untuk pengetahuan umum, penggunaan bulu burung unta dalam fesyen sinonim dengan kebebasan ataupun impian. Ia seiring dengan perlambangan women’s empowerment atau lebih kepada self esteem bagi seseorang wanita. Material berbulu akan menampilkan sifat lebih feminin, avant-grad dan tersendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Coming soon #rufflephoenix khas buat peminat bawal.

A post shared by TUDUNGRUFFLE OFFICIAL (HQ) (@tudungruffle) on

Koleksi dinamakan sebagai #RufflePhoenix yang dipersembahkan dalam acara pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya itu didatangkan dalam rona pastel yang lazimnya digemari oleh golongan Hawa. Turut dipertontonkan adalah koleksi #TudungMomma.

Pada 24 Mei lalu, Tudung Ruffle membuat kejutan kepada penggemarnya dengan memperkenalkan koleksi terbaru #RuffleMariposa yang sangat cantik diikuti #RuffleDuchess, dua hari berikutnya.

Bagi anda yang mengikuti Instagram Tudung Ruffle, pastinya kagum dengan proses perincian yang dilakukan. Bermula dengan melukis rama-rama satu persatu menggunakan kain kapas yang sama, kemudian rama-rama digunting satu persatu lalu dilayur pada lilin untuk kekemasan bahagian bucu rama-rama.

Langkah seterusnya, rama-rama dihias dan ditampal satu persatu menggunakan batu kristal Swarovski. Memang meletop!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Process design bagi koleksi terbaru dari @tudungruffle #rufflemariposa ini bermula dengan melukis rama-rama satu persatu ????

A post shared by TUDUNGRUFFLE OFFICIAL (HQ) (@tudungruffle) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

<pstyle=” margin:8px 0 0 0; padding:0 4px;”> Rama rama digunting satu persatu juga dengan sepenuh hati bagaikan penuhnya cinta korang pada kaknon. acewaah. ????❤️

A post shared by TUDUNGRUFFLE OFFICIAL (HQ) (@tudungruffle) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rama rama digunting satu persatu juga dengan sepenuh hati bagaikan penuhnya cinta korang pada kaknon. acewaah. ????❤️

A post shared by TUDUNGRUFFLE OFFICIAL (HQ) (@tudungruffle) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah siap gunting, kita lilin pula. Barulah kemas bucu rama rama ni. ???????? #rufflemariposa

A post shared by TUDUNGRUFFLE OFFICIAL (HQ) (@tudungruffle) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Next, rama-rama dihias dan ditampal satu persatu menggunakan crystal by Swarovski®️. Tak sabarnya nak tengok tudung ni bila dah disiap pakai ???? #rufflemariposa

A post shared by TUDUNGRUFFLE OFFICIAL (HQ) (@tudungruffle) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Jan 2019
Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Kasut Dessert Ini Memang Bikin Terliur. Rasa Macam Nak Makan!

Rasa nak makan sahaja heels dessert ini!

Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Plus Size Mesti Tahu

Tidak semua orang dikurniakan figura menawan bak model di pentas peragaan walaupun kalau boleh semua orang mahu tampil langsing sebegitu. Namun tidak bermaksud anda yang dikategorikan plus-size tidak boleh bergaya. Tidak sama sekali okay.

Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Featured Wed, 22 Jan 2020
Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?

Featured Mon, 8 Jan 2018

10 Rahsia Wanita Jepun Tampak Muda Dan Slim Sepanjang Masa

Perasan tak yang orang Jepun ni semua cantik-cantik? Bukan itu sahaja, susah untuk jumpa orang Jepun yang gemuk dan nampak tua. Semuanya nampak sebaya saja. Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka […]

Oh Lawa Fri, 30 Aug 2019

Tiada cecair pencuci berus mekap? Bancuh sendiri dengan teknik DIY ini

Bahan-bahannya mudah didapati dan memang murah.

Oh Lawa Wed, 9 Oct 2019

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Formulasi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan

Featured Tue, 24 Mar 2020