Oh Lawa By: Ad Ops January 23, 2018 @ 4:00pm

Tip Plus Size Mesti Tahu

Tidak semua orang dikurniakan figura menawan bak model di pentas peragaan walaupun kalau boleh semua orang mahu tampil langsing sebegitu. Namun tidak bermaksud anda yang dikategorikan plus-size tidak boleh bergaya. Tidak sama sekali okay.

Because beauty comes in different shapes and sizes, ini bagaimana nasihat klise yang sudah lama tertanam dalam fikiran dan fakta sebenarnya yang perlu anda tahu:

1) Putih bukan musuh

Kata kunci untuk pilihan pakaian yang flattering adalah tertakluk kepada fitting, bukan warna, menurut penata gaya Susan Moses. Putih tidak semestinya buat anda kelihatan besar kalau memilih potongan yang betul, begitu juga hitam tak semestinya buat anda nampak kecil jika potongan tidak cocok di badan.

2) Kemeja button-down bukan masalah

Foto : http://www.iepmanagement.co.uk

Kemeja button-down hakikatnya akan menyerlahkan curve anda tanpa perlu berusaha. Untuk impak lebih berkesan, lapisi dengan blazer, jaket atau kardigan yang dengan secara automatiknya akan memberi visual lebih kurus dan langsing.

3) Perincian bukan dosa fesyen!

Sudah tentu detailing berupa ropol yang berlebihan bukanlah idea yang baik untuk mereka yang plus-size ini. Sebaliknya, pilihlah baju dengan ropol minimal atau perincian manik ringkas sahaja. Sebenarnya detailing yang keterlaluan bukan hanya tidak manis untuk wanita plus-size, malahan apa jua saiz sekalipun.

4) Warna-warna cerah dan corak. Kenapa tidak?

Foto : https://i.pinimg.com

Tidak ada peraturan khusus berkenaan warna, asalkan ianya menyerlahkan warna kulit anda. Malahan, warna merah pun boleh memberi efek kurus kalau potongan yang betul dipilih. Jika masih tidak berani untuk sesuatu terlalu ekstrim, boleh perlahan-lahan bermula dengan kasut, aksesori atau beg.

 

5) Trend terkini atau biasa-biasa?

Jika teringin menggayakan sesuatu trend terbaru, sudah tentunya bukan masalah besar untuk anda lakukannya. Helahnya mudah, hanya pastikan trend berkenaan kena dengan bentuk anda. Nak pakai crop top? Pilih dengan potongan sedikit panjang dan gandingkan dengan skirt pensel pinggang tinggi. Color-blocking terlalu ‘menjerit’ untuk anda, selindungkan dengan rona lebih gelap di bahagian yang tidak ingin difokuskan. Senang kan?

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 28 Nov 2019
Featured Wed, 20 May 2020
Featured Wed, 15 Aug 2018

Semuanya Cantik-Cantik Belaka, Anak Selebriti Tempatan Yang Mana Pilihan Hati Anda?

Berstatus anak selebriti tempatan, lapan remaja ini membesar dengan pesona diwarisi kedua ibu bapa mereka.

Oh Lawa Thu, 30 May 2019
Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Teknik penjagaan lubang tindik telinga

Anda perlu ikuti agar luka anda pulih dengan cepat.

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ini Tips Mudah Untuk Buatkan Bulu Mata Palsu Anda Nampak Natural. Tak Perlu Beli Yang Mahal!

Kalau bajet anda rendah, jangan risau! Ada tips mudah untuk buatkan bulu mata palsu yang murahan dan plastik tu, langsung tak nampak macam fake. 

Featured Mon, 27 May 2019
Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Featured Tue, 7 May 2019

Zendaya hadiri Met Gala sebagai Cinderella dengan gaun yang bercahaya setelah ‘dijampi!’

Lihatlah bagaimana busana rekaan Tommy Hilfiger ini menyala!