Oh Lawa By: Yanie Baharom September 13, 2018 @ 3:00pm

Bimbang Skrub Anda Ada Bahan Pengawet? Buat Skrub Anda Sendiri Dengan Menggunakan Bahan Dapur

Terdapat ribuan jenis skrub boleh didapati di pasaran.

Namun sekiranya anda masih sangsi dengan bahan yang terkandung atau mahukan adunan yang tulen tanpa bahan campuran atau pengawet, mungkin anda boleh menghasilkan homemade scrub dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur.

Beberapa cara pembuatan skrub yang ingin dikongsikan ini berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati, menjana semula sel kulit baru dan menghaluskan kulit wajah dan badan.

1. Skrub Rasberi

Kebaikan: Bukan sekadar menanggalkan sel kulit mati, khasiat yang terkandung dalam buah rasberi juga membekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.

Foto: Soap Queen

Bahan-bahan:

150 gram buah rasberi
1 cawan gula halus
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 titis minyak badam
2-3 ekstrak daun pudina

Cara-cara:

  1. Masukkan rasberi bersama minyak zaitun, minyak badam dan ekstrak daun pudina ke dalam pengisar. Kisar kesemuanya sehingga halus.
  2. Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit gula. Gaul hingga rata.
  3. Sapu dan gosokkan pada seluruh tubuh anda semasa mandi.
  4. Untuk bahagian kulit yang kasar seperti tumit kaki, anda boleh tambahkan lebih gula ke dalam campuran tadi agar teksturnya menjadi lebih kasar untuk menghilangkan kulit mati pada bahagian tersebut.

2. Skrub Oat & Lemon

Kebaikan: Untuk kulit yang lembut dan berseri.

Foto: Get Inspired Everyday

Bahan-bahan:

3 sudu besar oat
6 sudu sos masam
4 sudu jus lemon

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Sapu dan gosokkan pada tubuh. Ia juga boleh disapukan pada wajah dan leher tapi gosok secara perlahan.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum anda bilas dengan air bersih.
  4. Sebaiknya gunakan air suam. Haruman lemon akan menyegarkan tubuh dan wajah anda.

3. Skrub Kranberi & Oren

Kebaikan: Gandingan buah-buah ini bagus untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengembalikan kesegaran kulit selain melembutkan kulit anda.

Foto: creativemarket.com

Bahan-bahan:

1 cawan buah kranberi
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak badam
2 sudu gliserin
1 biji oren (ambil jusnya)
3 sudu oat kisar

Cara-cara:

  1. Campurkan buah kranberi bersama gliserin dan minyak badam ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan dengan gula dan perahan jus oren. Gaul sebati kesemuanya. Kemudian, masukkan oat.
  3. Jika terlalu cair, tambahkan lagi oat hingga adunan menjadi pekat dan mudah untuk digosokkan pada kulit.
  4. Semasa mandi, sapukan dan gosok perlahan pada kulit beberapa minit. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih.

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim

Oh Lawa Tue, 3 Dec 2019
Featured Mon, 18 Nov 2019

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Idea rekaan wanita ini di luar kotak

Oh Lawa Fri, 28 Dec 2018

If You Need Some Luck For 2019, See What Colour Underwear You Have On

… when the clock strikes midnight on New Year’s.

Featured Fri, 23 Nov 2018

Tahukah Kamu Ladies, Lelaki Turn Off Melihat Wanita Bersolek Tebal!

Lelaki lebih menghargai kecantikan asli seseorang wanita berbanding fake beauty!

Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Oh Lawa Wed, 18 Jul 2018

Soya Bagus Untuk Kecantikan Kulit? Ini Antara Khasiatnya

Kalau nak kulit sentiasa cantik, selalulah makan makanan yang mengandungi kacang soya!

Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal

Oh Lawa Mon, 23 Jul 2018

Tak Semestinya Si Natural Beauty, Sesiapapun Boleh Tampak Cantik Berseri Sebaik Bangun Tidur

Amalkan beberapa petua ini untuk kelihatan lebih menarik apabila bangun dari tidur.

Featured Mon, 10 Jun 2019