Categories: Oh Lawa

Cuci Beauty Blender Anda Dengan Teknik Mudah Ini, Gerenti Nampak Macam Baru!

Bagi anda yang biasa memakai makeup, anda mesti dah biasa ternampak salah satu alat aksesorinya yang berjenis span dan berbentuk telur.

Ia dipanggil beauty blender dan fungsinya adalah untuk memudahkan aplikasi foundation pada kulit muka.

Alat ini memang disyorkan kerana produk makeup anda akan disapu rata. Dulu-dulu kita pakai berus atau jari. Sekarang dah ada beauty blender ini, lagi senang kerja.

Foto: Shutterstock

Samalah macam berus; bila dah pakai berkali-kali, mestilah kena basuh. Kalau tak, bakteria akan terkumpul dan tak pasal-pasal tertempek pula di kulit apabila anda memakai span tersebut selepas itu.

Tapi selepas tempoh tertentu, cuci dengan sabun sekuat mana pun mesti beauty blender anda takkan sebersih seperti dulu.

Jangan risau! Ada satu “hack” unik di mana anda bukan saja boleh cuci beauty blender tu sebersih-bersihnya, tapi ia juga akan nampak macam baru. Mudah pula tu!

Cara-caranya:

Letakkan span tersebut ke dalam sebuah cawan berisi air sabun. Kemudian, “panaskannya” dalam microwave selama seminit.

Itu saja! Nescaya haba dari microwave itu akan mengeluarkan segala kotoran yang melekat pada span beauty blender.

Ramai wanita sudah mencuba teknik ini dan mereka berjaya!

Awas!

Pastikan cawan anda berisi air sebelum “panaskan” span di dalam microwave, okay? Kalau tak, cair pula nanti beauty blender itu! Tak pasal-pasal kena beli yang baru.

Pengguna Twitter ini tak mengikut arahan, dan ini berlaku. Kesian.

Dan anda kena ingat, bila ia baru dikeluarkan dari microwave, span dan air tersebut mestilah panas. Jadi berhati-hati ye bila nak pegang span tersebut. Tunggu sejuk dulu sebelum memerahnya.

Jom cuba!

Sumber: Buzzfeed

Ad Ops