Categories: Oh Lawa

Ingin menggayakan sari tapi tidak tahu caranya? Ini gaya yang sesuai untuk si pemakai hijab

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Sari sememangnya busana daripada budaya India yang mewah dan unik.

Ditambah pula dengan lambakan filem Hindustan yang romantik, pastinya semua wanita berangan-angan untuk digandingkan dengan pelakon utamanya yang sudah semestinya kacak dan mempesona.

Antara ciri unik yang dikekalkan dalam setiap filem sebegitu ialah busana yang digayakan oleh pelakonnya iaitu sari. Busana indah ini ialah baju tradisional wanita India yang lazim digunakan sebagai pakaian harian.

Selain anak baju, sari juga merangkumi kain sepanjang antara 4.5 meter hingga 8 meter yang dililit kemas.

Foto: Pinterest

Bagi wanita yang ingin mengenakan sari, anda perlu mempelajari cara melilitnya kerana ada lisu di bahagian depan yang agak sukar digayakan jika tidak tahu caranya. 

Begitupun, sukar bagi si pemakai hijab untuk mengenakannya kerana gayanya yang agak terdedah. Hal ini kerana lazimnya anak baju yang dipakai sebelum melilit kain sari itu, agak terdedah pada bahagian belakang, selain lengannya yang pendek.

Jangan risau! Lihat video tutorial daripada Amena di Youtube untuk mempelajari teknik pemakaian sari bagi hijabista.

 

tex_admin